Ragaman Si Isteri Yang Bakal Dirindui Oleh Suami, Sebenarnya.

 

Dalam perkahwinan, suami isteri sepatutnya saling melengkapi dan saling menyempurnakan antara satu sama lain. Si isteri tidak boleh melihat si suami dalam kesusahan lalu ingin membantu apa yang termampu. Si suami pula tidak boleh melihat dikala si isteri kesedihan, lalu ingin menjadi lelaki yang sentiasa boleh menceriakan keadaan dan sebagainya.

Jadi, apabila suami isteri telah duduk sebumbung, pasti terlalu banyak ragaman yang telah dilihat. Dan setiap ragaman itu sebenarnya akan membuat atau terdetik di hati pasangan, ‘RINDU’. Berpisah sekejap, pasti rindu dengan bebelan isteri. Berpisah sekejap, pasti rindu dengan tindakan suami yang spontan.

Itu yang dinamakan jodoh dalam perkahwinan. Jadi, untuk si suami yang sentiasa pening melihat ragaman si isteri, jangan meluat melihat mereka. Jangan bosan melihat mereka kerana terdahulu, anda yang bersungguh-sungguh mahu menikahi si dia. Jom lihat ragaman isteri yang bakal anda rindu melalu perkongsian dari Puan Marlia Ramli....

********

1. Wanita ni pelik. Bila dia cakap dia kenyang tu, maknanya jangan nak terus tengok bola. Bawak je dia keluar makan sate atau minum latte. Cubalah! Wajib dia suka punya!

2. Kalau dia cakap dia okay tu maknanya dia tak okay. Dia rasa kecik hati, merajuk dan tak kena semua. So, jangan terus nak baca suratkhabar. Jangan!

3. Kalau dia cakap dia tak kisah tu maknanya dia kisah gila. Dia tak suka. Dia amik peduli. So... Jangan ambil perkataan tak kisah dia tu sebagai tak kisah. Sebab tak kisah tu bermakna kisah bagai nak gila. Berhari-hari dia kisah dan ingat di hati.

4. Ya.. Wanita secara amnya dia sendiri tak faham diri sendiri. Tapi dia harap arjuna kesayangan memahami dia. Dia harap, arjuna kesayangan dengar dan tahu suara hatinya. Ya, anda rasa complexity ini tinggi tapi itulah formulanya.

Sebab itulah...

5. Sebab itulah sampai ke sudah kalau ada masalah dia nak luah. Dia nak bercerita. Mujurlah... Biarkan dia bercerita. Biar dia merapu bebel daripada dia diam menarik muka.

6. Sebab wanita bila diam itu bahaya. Dia malas cakap itu bahaya. Bersyukur lah bila wanita anda masih gemar membebel itu ini. Cepat-cepat cari jalan selesaikan segera sebelum dia menulis di KRT.

7. Lagi win nya wanita kalau dengan arjuna kesayangan, nyamuk gigit pun dia rasa nak mati. Kalau tak ada arjuna itu, naga sembur api pun dia berani. #apeni?

8. Kalau dengan arjuna kesayangan nak buka botol kicap pun dia tak larat. Padahal kat luar setakat tayar kereta dia selamba tukar kat tepi jalan.

9. Maka... jangan salah faham. Jangan ingat wanita tak kuat. Mereka gagah. Mereka tabah. Mereka sangatlah mampu berdikari. Cuma, bila dengan arjuna kesayangan mereka berbeza kerana mereka anggap anda arjuna istimewa.

10. Inilah ragam wanita dengan arjuna kesayangan nya... Dan jika mahu bahagia sabar... Sentiasa senyum. Selalulah buat lawak walaupun hambar cam minta ditampar. Banyakkan memuji.

11. Kalau larat, dukung sesekali lambung tinggi-tinggi. Suap dia makan sentiasa. Cubit pipi dan tarik hidung. Dia nampak malu-malu, tapi dia suka... Daripada rajuk sepanas api, kelak nanti bertukar salji.

12. Alah... tak lama pun. Layankan sajalah wanita anda. Suatu hari nanti bila dia tiada, RAGAM INILAH YANG DIRINDUI sentiasa.

13. Wanita bila dengan arjuna kesayangan dia memang pelik, manja dan mengada-ngada. Bersyukur lah sebab dia bersikap begitu kerana dia memerlukan anda. Kerana anda istimewa di hati dia.

********

Semoga Rindu Merindui Antara Suami Isteri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,586 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen