7 Tips Mengunjungi Pameran Pengantin Yang Anda Perlu Tahu.

 

Pada hujung minggu sahaja, terutamanya musim cuti sekolah atau umum pasti banyak pameran pengantin yang dianjurkan dimana-mana tempat. Pameran ini pasti mengujakan ramai bakal pengantin dengan segala promosi yang cuba untuk menarik mereka.

Apabila terlalu teruja untuk berkahwin, dan rambang mata untuk membuat pilihan, pasti kita akan membuat sesuatu keputusan tanpa berfikir. Oleh itu, sebelum  terkejar-kejar dengan promosi pada pameran tersebut, anda pelu;

1. Tetapkan bajet dahulu.

Kebanyakan daripada penyedia perkhidmatan perkahwinan ini, mereka akan bertanyakan tentang bajet anda dahulu. Jadi, anda perlu tahu bajet perkahwinan anda. Jika anda sendiri pun tidak tahu bajet untuk perkahwinan anda, dan tidak pernah berbincang malah menetapkan bersama dengan ahli keluarga, pasti penyedia perkhidmatan tersebut akan menawarkan sesuatu yang mungkin di luar bajet anda.

Jangan pekerja tersebut yang menolong anda untuk membuat bajet pula. Anda sendiri yang perlu tahu sebenarnya sebab anda yang mahu berkahwin, kan?

2. Anda perlu tahu apa yang anda mahukan.

Kebanyakan pasangan seperti tidak tahu apa yang mereka mahukan, jadi semuanya diserahkan kepada perancang perkahwinan tersebut. Oleh itu ketika ini pentingnya ahli keluarga anda untuk MEMBANTU anda membuat keputusan. Anda perlu FOKUS dan SURVEY harga pasaran untuk membuat perbandingan harga.

3. Research.

Kini, sebelum anda terus pergi ke pameran pengantin tersebut, anda boleh sahaja lihat perkhidmatan perkahwinan melalui sosial media seperti facebook dan instagram. Jadi, anda akan tahu apa yang anda mahukan dalam perkahwinan nanti, mungkin tema yang anda mahu. Selain dari itu, di sini juga anda akan mendapati tidak semua perkhidmatan itu bagus, malah ada yang menipu. Hati-hati!

4. Jangan mengalah kepada tekanan sekitar.

Kadang-kala ada sebahagian vendor yang sedikit menekan anda untuk membuat pengesahan tempahan pada saat itu juga. Jangan mengalah. Melainkan anda dan pasangan benar-benar puas hati dan suka, jangan mengalah dengan tekanan sekitar. Kuatkan sedikit diri anda dan buat keputusan hanya apabila anda dan pasangan benar-benar yakin. Belanja kahwin bukan murah, jadi, pastikan anda buat keputusan yang tepat agar tidak menyesal.

5. Jangan pergi ke pameran tersebut pada saat-saat akhir.

Sebolehnya anda dan pasangan pergi pada awal waktu, bukan sahaja mudah mendapat parking, malah dapat berfikir dengan tenang berkenaan apa yang anda mahukan. Jika terlalu tergesa-gesa, ia akan membuatkan anda dan pasangan menjadi ragu-ragu dalam membuat keputusan. Anda juga berkesempatan untuk mengumpul kesemua maklumat yang mungkin anda perlukan.

6. Jangan malu untuk bertanya.

Anda sememangnya tidak tahu apa-apa tentang perkhidmatan tersebut, jadi janganlah malu untuk bertanya apa sahaja. Kedengaran mungkin anda terlalu banyak soalan bertubi-tubi untuk ditanyakan, namun ia secara tidak langsung akan membantu anda untuk membuat sesuatu keputusan. Mungkin tentang fabrik, jenis kertas untuk album, pelamin atau apa-apa sahaja, tanya jika anda tidak pasti sehingga anda berpuas hati.

7. Harus peka dengan setiap informasi.

Anda jangan terlalu leka dengan setiap design yang anda lihat disekeliling anda. Jika anda bertanya, fokus dengan setiap butiran yang ingin disampaikan oleh vendor tersebut. Jangan main-main ya, nanti timbul salah faham pula. Jika anda mencari pakej persalinan perkahwinan, tanya tentang jenis fabrik yang disediakan dan sebagainya. Ada yang hanya menyediakan fabrik asas sahaja.

Selamat Mencuba dan Selamat Pengantin Baru!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,925 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen