Apa Yang Isteri Tidak Boleh Lakukan, Ketika Suami Tiada Di Rumah?

 

Dalam melayari alam perkahwinan, suam isteri bukan sahaja perlu sentiasa mengenali perubahan sikap pasangan, malah perlu tahu adab-adab dalam perkahwinan yang berlandaskan syariat. Suami isteri perlu tahu peranan dan tanggung jawab masing-masing supaya dapat mengekalkan hubungan dengan barakah, malah sakinah mawaddah wa rahmah.

Selain si suami yang perlu memimpin keluarga dan memberi nafkah kepada isteri, si isteri juga perlulah tahu tanggung jawabnya iaitu taat kepada suami, dimana ia tidak berubah mengikut peredaran zaman. Setiap isteri memang perlu taat pada suami, kecuali yang tidak berlandaskan agama.

Bagaimana mahu taat kepada suami? Dengan TIDAK melakukan 4 perkara ini, iaitu:

1. Menerima tetamu lelaki yang bukan mahramnya.

Ketika suami tiada di rumah sebagai contoh keluar bekerja mencari rezeki, dimana si isteri adalah suri rumah, adalah dilarang sama sekali untuk mereka MENERIMA TETAMU YANG BUKAN MAHRAMNYA. Malahan tetamu wanita yang tidak disukai oleh suami pun, tidak boleh dijemput mungkin kerana suami tahu tetamu tersebut akan mendatangkan pengaruh negatif kepada si isteri, bahkan pada anak-anak.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Dan isteri tidak boleh mengizinkan orang lain masuk ke rumahnya kecuali dengan izin suaminya” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Hak kalian yang menjadi kewajiban mereka, mereka (istri) tidak boleh memasukkan lelaki ke rumah” (HR. Muslim)

Jangan terpedaya, atau sesekali menerima tetamu yang bukan mahram kerana khuatir akan timbul fitnah. Tips: Hubungi suami anda di depan tetamu tersebut, tanda anda menghormati suami anda.

2. Tidak bijak menjaga diri dan kehormatan.

Zaman sekarang, kaum wanita bukan sahaja perlu menjaga diri dan kehormatan di luar rumah sahaja, akan tetapi di dalam rumah pun perlu berjaga-jaga. Terutamanya di sosial media. Jangan terlalu mendedahkan diri di sosial media dengan lenggokan manja, mimik muka yang comel, suara yang menghairahkan kerana perkara sebegitu hanya untuk suami anda sahaja.

Situasi ini dapat dilihat di Facebook Live, Instagram Live, Instagram Story dan seumpama dengannya.

Jika anda membuat online business, berhati-hati dalam perkara ini. Jangan terlalu menjual diri, tidak menutup aurat dan menggedik.

Seperti Allah SWT telah berfirman;

“…Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya…” [An-Nisaa' 4:34]

3. Keluar rumah tanpa izin suami.

Seorang isteri juga tidak boleh keluar rumah tanpa izin si suami, apatah lagi ketika suami tiada di rumah. Isteri tidak boleh melakukan sebarang perkara tanpa keizinan suaminya, kerana syurga seorang isteri adalah di bawah telapak kaki suami. Oleh itu, isteri wajib meminta izin dari suami, jika tidak akan digelar isteri derhaka.

Situasi ini pasti juga akan menimbulkan fitnah dimana si isteri akan mengambil kesempatan ke atas suaminya.

4. Tabarruj.

Dan yang terakhir adalah tabarruj, iaitu berpenampilan cantik sehingga menampakkan perhiasan tubuh seperti anting-anting dan rantai dimana ia perlu disembunyikan. Malah menggayakan solekan yang tebal hanya untuk menarik perhatian rakan di sosial media sahaja.

Seperti Allah SWT telah berfirman;

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu….” [Al-Ahzaab 33:33]

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,493 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen