Kahwin Muda Kini Menjadi Pilihan, Apa Kelebihannya?

 

Berkahwin pada usia yang muda bukanlah satu perkara yang asing lagi. Bermula seawal 16 tahun, ada yang telah membuat pilihan untuk berkahwin pada usia muda remaja itu. sedangkan rakan-rakan yang lain masih lagi sedang menikmati zaman persekolahan dan zaman remajanya.

Memegang status sebagai suami atau isteri ini bukanlah satu perkara yang mudah. Terutama buat mereka yang masih berdarah panas lagi. Namun begitu, mengapa mereka ini mempunyai keberanian memilih untuk berkahwin pada usia yang muda?



Berikut adalah kelebihan yang perlu anda tahu:

1. Mengelakkan zina dan maksiat.

Ini adalah kelebihan kahwin muda yang paling utama. Tidak dapat dinafikan, pasangan yang sedang dilamun cinta akan mempunyai rasa sayang dan rindu yang membuak-buak dan tidak tertahan. Anda akan selalu berjumpa dan berdua-duaan. Apabila sering berdua-duaan, anda akan mula duduk rapat, berpegangan tangan, kemudian mula berpelukan dan berciuman. Akhir sekali anda akan terlanjur berzina. Kenapa?

“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, jangan sekali-kali ia berdua-duaan dengan wanita (ajnabiyah/ yang bukan mahram) tanpa disertai oleh mahram si wanita karena yang ketiganya adalah setan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Ini lah jawapannya, apabila anda berdua-duaan dengan pasangan, orang yang ketiga adalah syaitan. Syaitan akan menggoda dan menaikkan nafsu anda berdua untuk melakukan maksiat dan zina. Oleh itu, sekiranya anda terlalu menyanyangi di antara satu sama lain dan tidak mampu untuk menahan rindu, kami nasihatkan anda supaya berkahwin walau pun umur anda masih muda.

Berkahwin awal akan menyelamatkan anda dan pasangan daripada terjebak ke lembah zina. Ingatlah, zina adalah di antara dosa besar dan akan diazab dengan siksaan di dunia & akhirat. Sabda Rasulullah SAW: “Berhati-hatilah kamu tentang zina. Sesungguhnya pada zina itu ada enam hukuman iaitu tiga semasa di dunia dan tiga lagi di akhirat. iaitu:

Rezekinya akan berkurangan

Hilang keberkatan hidupnya

Rohnya akan keluar dari badan dalam keadaan Allah tidak akan memandangnya

Di akhirat, Allah akan melihatnya dengan pandangan murka

Mukanya akan menjadi hitam

Azab siksa di neraka yang maha dahsyat

2. Menjaga kesucian nasab dan keturunan.

Belebihan kahwin awal yang kedua ialah dapat menjaga kesucian nasab dan keturunan anda daripada anak tidak sah taraf atau selalu dipanggil sebagai anak luar nikah yang lahir akibat zina. Anak luar nikah akan mencemarkan nasab anda. Oleh itu, sekali lagi kami tegaskan, sekiranya anda tidak mampu menjauhi zina, berkahwinlah walau pun anda masih muda.

3. Menurunkan statistik kes buang bayi.

Anda pasti bersetuju, kahwin muda akan membantu menurunkan sttaistik kes buang bayi yang semakin kronik di Malaysia. Saban tahun, terlalu banyak kes buang bayi hasil sambutan malam merdeka dan sambutan malam baru yang dicatatkan. Lebih menyedihkan, bayi tak berdosa dijumpai dalam keadaan yang menyayat hati.

4. Menurunkan statistik anak tidak sah taraf.

Menurut Jabatan Pendaftaran Negara, jumlah anak tidak sah taraf yang didaftarkan di Malaysia meningkat saban tahun. Menggalakkan anak muda berkahwin awal adalah salah satu daripada usaha untuk menurunkan statistik anak tidak sah taraf di Malaysia.

5. Pelajaran lebih cemerlang.

Mungkin anda tidak terfikir tentang perkara ini, tapi percayalah bahawa berkahwin muda akan menjadikan pelajaran anda lebih cemerlang. Apabila berkahwin, anda tidak lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat, oleh itu hati anda akan menjadi bersih lalu lebih mudah menghafal pelajaran.

Selain itu, selepas berkahwin anda suami isteri akan tinggal serumah dan tidak perlu lagi menghabiskan masa berpeleseran di luar untuk berdating. Anda boleh luangkan lebih banyak masa untuk belajar bersama-sama di rumah sambil berkasih sayang secara halal.



6. Jarak tidak terlalu jauh di antara ibu dan anak.

Satu lagi kelebihan kahwin muda ialah anda akan mendapat anak dengan awal. Oleh itu, jarak umur di antara anda dan anak tidak akan terlalu jauh. Nanti bila anak dah besar, orang mungkin akan menyangka anda berdua adik-beradik, bukannya anak-beranak. Beranak awal membolehkan anda settle down dengan lebih awal. Takdelah nanti umur dah 40, baru nak hantar anak ke tadika. Sempat tak anda hidup untuk melihat anak anda berkahwin dan menimang cucu?

7. Lebih matang dan bertanggungjawab.

Memikul tanggung jawab sebagai seorang suami & seorang isteri akan menjadikan anda lebih matang dan bertanggung jawab. Jika dulu anda hidup seorang, sekarang apa sahaja yang anda lakukan akan memberi kesan kepada pasangan dan keluarga. Oleh itu, anda akan lebih matang dan berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan yang penting.

8. Rezeki melimpah-ruah.

Percayalah, selepas selamat diijab kabulkan, anda suami isteri akan diberikan rezeki yang melimpah-ruah dan berkat kerana anda tidak lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat.

9. Membeli aset dengan lebih awal.

Pasangan yang berkahwin awal akan membeli aset seperti tanah dan rumah dengan lebih awal berbanding mereka yang masih bujang. Ini kerana, apabila sudah berkeluarga, lebih-lebih lagi apabila sudah mendapat anak, anda akan mula serius memikirkan tentang rumah yang selesa untuk anda sekeluarga kerana kematangan dan sikap tanggung jawab yang ada pada diri anda sekarang.

10. Lebih awal menyimpan untuk masa hadapan.

Selain membeli aset dengan lebih awal, pasangan yang berkahwin awal akan menyimpan wang untuk masa hadapan dengan lebih awal berbanding rakan-rakan bujang yang masih berseronok ke sini-ke sana menghabiskan duit gaji setiap bulan.

11. Hidup lebih tenang.

“Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum; Ayat: 21) Inilah janji Allah kepada kita semua.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,777 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen