Doa-Doa Membantu Para Ibu Pemudahkan Melahirkan Anak.

 

Apabila bakal menjadi ibu ini, sudah pastilah perasaan teruja dan gembira akan terpancar di wajah, namun pada masa yang sama sudah pastilah akan sedikit berdebar. Terutama jika itu adalah pertama kali. Mana tidaknya, proses melahirkan anak ini bukanlah satu perkara yang mudah. Bertarung nyawa si ibu bagi demi memastikan dirinya dan anak kedua-duanya dalam keadaan stabil dan juga selamat.

Macam-macam saranan dan tips akan cuba ibu-ibu ini ikut bagi memudahkan proses melahirkan anaknya itu. Tidak kiralah tips dari orang-orang tua, ibu bapa, rakan-rakan dan termasuklah doktor itu sendiri. Namun begitu, bagi seorang Muslim adalah sangat baik jika tips dan petua ini diiringi dengan amalan doa agar Allah memberi kemudahan sewaktu proses bersalin nanti.



Buat ibu-ibu yang mengandung, boleh cuba amalkan ayat ini.

1. Ayat 26, Surah Maryam

            

“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.

Surah Maryam sangat sinonim dengan ibu hamil. Bukan setakat amalkan ayat 26, Surah Maryam sahaja, malah ada juga yang menyarankan agar ibu hamil membaca keseluruhan Surah Maryam sebagai amalan sewaktu hamil agar mudah bersalin. Ini kerana, dalam surah ini terdapat kisah Maryam ra, ibu kepada Nabi Isa as yang melahirkan Nabi Isa as sendirian di tengah padang pasir.

Walaupun tidak ada sebarang dalil yang menetapkan surah ini dibaca sewaktu hamil, namun, seperti ayat Al-Quran yang lain, setiap baris ayatnya mempunyai fadilat yang tersendiri. Malah terdapat doa-doa yang sangat bagus diamalkan melalui potongan-potongan ayat al-Quran.

Dalam Surah Maryam khususnya, kita akan dapat menghayati beberapa pengajaran yang boleh dikaitkan dengan kehamilan dan keibubapaan. Secara tidak langsung, ia menyokong kenapa surah ini amat sesuai untuk kita baca sewaktu mengandung dan agar mudah bersalin.

2. Ayat 38, Surah Ali Imran

                        

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

Doa ini dibaca oleh Nabi Zakaria saat memohon agar dikurniakan zuriat buat dirinya dan isterinya walaupun umur Nabi saat itu telah pun tua. Muda-mudahan, asbab dari doa ini, anda bukan sahaja dikurniakan zuriat yang soleh solehah, tetapi juga proses bersalin juga diberi kemudahan oleh Allah swt.



3. Ayat 11, Surah Fatiir

                           

“Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.

Ayat ini mengisahkan tentang kejadian manusia dari alam rahim sehinggalah menjadi manusia yang sempurna. Doa ini juga sesuai diamalkan semasa bersalin kerana pengorbanan seorang ibu yang bertarung antara hidup dan mati semasa proses kelahiran. Sebagaimana di akhir ayat 11, Surah Fatiir menyatakan bahawa segalanya mudah bagi Allah, maka doa ini elok diamalkan agar memudahkan proses bersalin.

4. Ayat 8, Surah ar-Ra’d

              

“Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, apa yang kurang sempurna, dan apa yang bertambah dalam rahim. Dan setiap sesuatu ada kadar ukuran di sisi-Nya.

Setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah dalam pengetahuan Allah swt. Kesemuanya telah tertulis di Lohmahfuz, tidak akan bertambah dan tidak akan berkurang. Oleh sebab itu, ketika dalam proses bersalin, sentiasalah berdoa kepada Allah SWT agar diberi kemudahan. Ini kerana, Allah adalah Dzat yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

5. Ayat 78, Surah an-Nahl

                        

             
“Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberikanmu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur.”

Ayat ini mengandungi penjelasan bahawa setelah Allah melahirkan kita dari rahim seorang ibu, maka Allah menjadikan kita mengetahui segala sesuatu yang sebelumnya tidak kita ketahui. Dia telah memberikan kepada kita beberapa anugerah seperti akal fikiran, penglihatan dan pendengaran. Mudah-mudahan dengan doa ini, bukan sahaja proses bersalin dipermudahkan tetapi juga anak yang lahir tersebut dikurniakan anugerah akal yang sihat, pendengaran dan penglihatan yang baik dan menjadi hamba Allah yang bersyukur.

6. Ayat 87, Surah Anbiya

                           

“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.”

Ayat ini adalah doa yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika berada di dalam perut ikan Nun. Harapannya, anak dalam kandungan juga dapat keluar dengan mudah seperti mana ikan Nun tersebut memuntahkan Nabi Yunus keluar daripada perutnya. Malah, doa ini juga sesuai dibaca ketika kita berada dalam kesusahan, agar Allah beri jalan keluar dari kesusahan tersebut dan permudahkan segala urusan.

7. Ayat 1-2, Surah al-Zalzalah

                        

“Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya.”

Sebenarnya Surah al-Zalzalah menceritakan kisah sewaktu hari kiamat berlaku. Namun potongan ayat 1-2 surah ini boleh diamalkan ketika ingin bersalin agar ‘beban-beban berat’ yang dikandung oleh si ibu dapat dikeluarkan dengan mudah seperti mana bumi mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya.

Kesimpulan

Ayat-ayat tersebut hanyalah sebahagian daripada doa yang boleh diamalkan, namun sebenarnya seluruh ayat dalam Al-Quran boleh dijadikan amalan doa yang mustajab. Apa yang penting, keyakinan bagi orang yang berdoa memohon pertolongan daripada Allah SWT dan menyerahkan segalanya kepada-Nya.

Sebagaimana janji Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (Surah Al-Isra, ayat 82)

Mohonlah agar dipermudahkan urusan melahirkan anak tidak kiralah sama ada anda bersalin secara normal mahupun melalui pembedahan. Yang penting adalah nyawa anda dan bayi yang dilahirkan selamat. Dan yakinlah bahawa Allah SWT akan memakbulkan doa hamba-Nya yang memohon dengan bersungguh-sungguh.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,764 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen