5 Tempat Aktiviti Untuk Anak-Anak Di Sekitar Kuala Lumpur Dan Selangor.

 

Pada musim cuti sekolah, pasti ibu bapa mahu membawa anak-anak kecil ke tempat yang menyeronokkan. Masakan pula asyik membawa anak-anak ke shopping mall, pasti mereka akan cepat berasa bosan, malah mudah terpengaruh dengan gaya hidup ibu bapa yang terlalu suka membeli belah.

Jadikan aktiviti beriadah di outdoor atau indoor, supaya minda anak-anak berkembang dengan produktif dan dapat mengenali sesuatu yang baru. Jom pergi antara 5 tempat ini untuk menceriakan anak-anak anda…

1. Taman Metropolitan Kepong.

Related image

Kredit Foto: Google.

Taman Metropolitan Kepong juga dikenali sebagai Taman Layang-layang. Ini kerana, ramai pengunjung yang akan bermain laying-layang di sini. Malah, ia sudah menjadi satu trademark bagi Taman Metropolitan ini.

Taman ini dilengkapi trek joging, trek berbasikal, taman permainan kanak-kanak, padang bola sepak, kawasan bersenam dan sebuah padang yang luas untuk permainan layang-layang.

2. Taman Tasik Ampang Hilir.

Related image

Kredit Foto: Google.

Taman Tasik Ampang Hilir itu meliputi kawasan seluas kira-kira 16 hektar termasuk tasik seluas 12 hektar. Secara keseluruhan, terdapat 14 buah taman-taman rekreasi awam di sekitar Kuala Lumpur. Jika anda menyusur Lebuhraya Lingkaran Tengah II (MRR II), anda akan nampak Taman Tasik Ampang Hilir ini berdekatan kawasan Flaminggo.

3. Taman Pudu Ulu.

Image result for taman pudu ulu

Kredit Foto: Google.

Taman Pulu Ulu, Cheras merupakan sebuah reka bentuk pembangunan di kawasan seluas 33 ekar (13.35 hektar) ini mengambil kira keperluan pengguna dengan bercirikan konsep taman metropolitan, mesra pengguna, penghijauan taman, pendidikan taman serta rekreasi air. Ia mempunyai tarikan yang tersendiri kerana adanya kolam mandi yang dibuka kepada orang awam.

4. JKids Malaysia Playground & Party.

Image result for JKids Malaysia Playground & Party.

Kredit Foto: Google.

Jkids adalah salah satu taman permainan indoor yang mempunyai banyak cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Di sini terdapat banyak permainan yang sesuai untuk anak-anak seperti gelongsor, kawasan pasir tiruan, permainan tunggangan dan tempat belajar. Hiasan dekorasi taman permainan ini juga sangat ceria berwarna-warni. Pasti anak-anak anda teruja untuk meluangkan masanya di sini untuk bermain sambil belajar.

5. Kid’z Paradise.

paradise

Kredit Foto: Kid'z Paradise.

Taman permainan kanak-kanak ini berasal dari negara China. Di Malaysia, ia hanya terdapat di 4 tempat yang terletak di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Permainan yang terdapat di sini, lebih kurang sama juga seperti yang terdapat di taman permainan indoor yang lain. Namun, yang menjadi tarikan di sini adalah ‘Cassia Seed Pool’.

Namun begitu, tempat mainan ini adalah tempat awam dan pastilah terdedah kepada kotor yang kita nampak ataupun tidak nampak dengan mata kasar. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memantau anak-anak ketika mereka bermain untk mengelakkan anak anda memasukkan Cassia Seed tersebut ke dalam mulut.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,443 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen