Marah Itu Memenatkan, Jom Jadi Ibu Bapa Yang Tenang.

 

Apabila menjadi seorang ibu dan bapa ini sudah pasti bukanlah perkara yang mudah. Terutama jika memiliki anak-anak yang ingin menduga hati ibu bapanya. Anak-anak ini begitu mudah mengikuti apa yang mereka lihat dan kadang kala sikap mereka yang terbentuk itu adalah hasil dirinya melihat keadaan di sekelilingnya.

Jadi kadang kala jika sikap itu menguji hati anda, lihat balik apa yang telah anda berikan kepadanya sebagai contoh. Jangan terlalu mudah memarahi anak, kerana ia akan memberi kesan kepada anak itu sendiri serta diri anda.

Didiklah anak anda dengan tenang agar emosinya juga tenang dan tumbesarannya juga menenangkan anda. Jom ikuti perkongsian daripada saudara Najmi Nawawi, bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang tenang dalam apa jua keadaan.



BAGAIMANA MAHU JADI IBU BAPA YANG TENANG.

Sebenarnya kita memang diberi pilihan untuk menjadi ibu bapa yang bagaimana. Semuanya bergantung kepada kita mahu pilih jalan A atau jalan B.

Kerana ketahuilah, hidup ini tidak selalunya indah, langit tidak selalu cerah. Itu semua kita tidak boleh ubah. Yang boleh diubah hanyalah tindakan susulan yang kita pilih.

Mencari ketenangan dalam 'parenting' bukan perkara mustahil. Aku catatkan disini 6 tips mudah untuk sama-sama kita amalkan.

1. Fikir kesan negatif marah.

Ajar diri kita untuk berfikir kesan masa panjang berbanding hanya mahu menyelesaikan masalah dalam masa singkat. Mungkin marah boleh selesaikan masalah dengan pantas, tetapi cuba fikir apa akan berlaku apabila selepas semuanya reda nanti. Apa yang akan bertambah dan apa yang berkurang perlu diambil kira.

2. Beri masa untuk anda bersendirian.

Kadang-kadang waktu mandi itu pun sudah mencukupi untuk kita menikmati 'timeout' seketika. Caranya ialah dengan kawal pernafasan dan tenangkan diri. Kita akan berpeluang untuk 'reset' sekali matlamat 'parenting' kita. Kalau yang boleh solat, sudah pasti solat ialah peluang yang terbaik.

3. Fokus kepada matlamat lebih besar.

Bayangkan jika dunia kita bakal berakhir pada hari esok. Atau kematian kita akan menjemput pada hari esok. Adakah kita akan memarahi anak kita dan mengamuk pada hari ini? Semestinya tidak.



4. Cari solusi dengan baik.

Daripada terlalu sibuk melayan perasaan marah dan kecewa. Sibukkan minda dan fikiran kita untuk ubah keadaan menjadi lebih baik. Fikir solusi dengan tenang dan cuba ajak anak-anak sekali jika mampu mengawal keadaan.

5. Kawal nada dalam bercakap.

Banyak kajian membuktikan, pergaduhan atau emosi yang tidak baik berlaku bukan kerana situasi buruk yang mempengaruhi, tetapi berpunca dari kesilapan penggunaan nada bercakap. Jadi lepas ini, nada perlu lebih tenang.

6. Pastikan kita tahu apa yang berlaku.

Apabila sesuatu yang tidak disenangi berlaku. Jangan terlalu cepat melompat kedalam sesuatu konklusi. Ambil masa, fikir dan fahami betul-betul apa yang berlaku terlebih dahulu.

Carilah diri kita dalam keadaan yang terbaik tanpa emosi negatif yang menyelubungi diri. Sebagai seorang manusia dan ibu bapa kepada anak-anak tersayang pastinya kita mahu yang terbaik sentiasa.

p/s : Marah itu memenatkan. Jadi kenapa masih memilih untuk tengelam dalam dunia serabut dan tidak aman sedangkan kita mempunyai pilihan yang lebih baik.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,764 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen