“Menantu Perempuan Sahaja Kena Baik, Menantu Lelaki Tak Payah Ke?”

 

Sebelum berkahwin, biasanya mak-mak ini akan ingatkan anak perempuan mereka agar menjadi seorang menantu yang baik, di mana tahu menghormati ibu mertua serta mampu mengambil hatinya dengan baik. Dan untuk menjadi seorang menantu yang baik, kebanyakan wanita ini akan cuba belajar cara untuk dapatkan hati ibu mertua mereka. Kalau boleh pelbagai persiapan akan dilakukan sebelum bertemu ibu mertua mereka.

Tetapi jarang sekali kita dengar pesanan untuk menjadi menantu yang baik pada orang lelaki ini. Adakah mereka ini tidak perlu cuba untuk menjadi menantu yang baik, malah tidak perlu cuba untuk mengambil hati ibu mertuanya?

Sedikit pandangan daripada saudara Firdaus Shakirin, mengenai perkara sebegini. Semoga pandangan yang diberikan ini mampu membuka mata ramai pihak.



"Bila dah jadi isteri orang nanti, dah jadi menantu, kena baik dengan mertua, kena ambik hati mertua, kena anggap dan buat mertua tu macam ibu bapa sendiri..."

Kenapa asal menantu perempuan je, kena buat semua tu? Menantu lelaki tak payah buat eh?

Ini kebanyakan yang terjadi dalam masyarakat. Satu statement atau kata-kata yang hanya dilontarkan dan ditujukan kepada MENANTU PEREMPUAN. Jika menantu perempuan tak buat semua ini, maka dia BUKAN MENANTU YANG BAIK.

Jadi, menantu lelaki terlepas dari buat semua ini?

Sebenarnya tak, bila kita berkahwin, bila kita bergelar menantu, dua-dua perlu jadi baik terhadap keluarga mertua masing-masing. Baik si lelaki mahupun si perempuan. Jika si suami nak isteri itu baik dengan ibu bapanya, maka dia terlebih dahulu baik dengan ibu bapa isteri. Dia perlu menunjukkan sesuatu sebelum mendapatkan sesuatu.

Berapa banyak suami yang selalu telefon ibu bapa isteri? Berapa banyak suami yang selalu bawak isteri balik berjumpa ibu bapa isteri? Berapa banyak suami yang bermalam dirumah mertua LEBIH dari rumah ibu bapanya sendiri?



Bila dia tak buat semua ni, dia tak salah. Tapi bila isteri dia tak buat semua ni, isteri dia salah dan isteri itu bukan menantu yang baik.

Ubah cara pandangan.

Ubah cara pemikiran dan persepsi terhadap MENANTU PEREMPUAN. MENANTU LELAKI juga ada tugas dan tanggungjawab yang perlu dibuat. MENANTU LELAKI juga perlu baik dengan mertua, perlu ambik hati mertua, dan perlu anggap mertua itu macam ibu bapa sendiri.

Jangan hanya fokus kepada ANAK PEREMPUAN ORANG LAIN untuk menjadi menantu yang baik, tapi fokus juga kepada ANAK LELAKI SENDIRI untuk dia menjadi menantu yang baik untuk keluarga mertuanya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,777 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen