“Disamping Seorang Superwoman Perlu Ada Superman Disisinya.” – Perkongsian dari Ibu Rose-

 

Dalam menguruskan rumah tangga, pasangan suami isteri perlu bekerjasama dan berganding bahu bukan membiarkan pasangan terkapai-kapai lemas keseorangan. Rumah tangga yang semakin berkembang dengan cahaya mata yang ramai, amat mustahil jika seorang isteri sahaja yang melaksanakan urusan ini.

Oleh kerana itu seorang superwoman perlu ada superman disisinya, jika si suami tidak mampu untuk menyediakan pembantu rumah. Jom ikuti perkongsian dan penjelasan dari Dr Rozieta Shaary atau dikenali sebagai Ibu Rose dari laman facebooknya…

********

Biar Ibu katakan di sini, sebenarnya memang boleh hilang sabar bila perlu menguruskan anak-anak yang kecil yang ramai. Mana yang nak menyusu, mana yang perlu disalin lampinnya, mana yang tertumpah air dan pelbagai lagi terjadi dalam masa yang sama dan bertimpa dengan semuanya pula melalak bersama-sama. Superman pun tidak boleh melakukan semua ini. Begitu juga Wonder Woman.

Oleh itu, jika anda mendapati adakalanya anda terhilang sabar dan termarah anak-anak yang tidak berdosa itu, urut dada dan maafkan diri dan ambil masa bertenang. Pilihlah yang mana yang perlu anda lakukan dahulu.

Allah Maha Tahu kemampuan kita manusia. Itulah sebabnya di dalam Agama Islam, seorang suami itu perlu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya. Jika dia tidak mampu, maka dia sendirilah yang kena membantu.

Kerana memang tidak masuk akal seorang itu wajib memikul kesemua tanggung-jawab di atas bahunya. Jika dialah yang kena menguruskan anak-anak, dia juga yang perlu memasak,dia juga yang perlu membasuh, menyidai dan melipat kain baju, dia jugalah yang perlu membersihkan rumah dan dia juga yang kena mencari rezeki, itu sudah memasuki ruang melakukan 'kezaliman'. (Zalim bermaksud, tidak meletak benda pada tempatnya).

Itu sebab, Ibu sangat tabik kepada para suami yang sangat prihatin dan peka kepada isteri mereka. Balik kerja sama-sama bantu membantu menguruskan urusan anak-anak dan rumah. Bila isteri menyusukan anak, si suami membasuh baju, menyidai dan melipat baju. Bila isteri sibuk di dapur, si suami mengemas rumah. Ibu sangat salute para suami yang begini.


Itulah yang Ibu didik pada anak-anak lelaki Ibu. Dan hati Ibu gembira melihat mereka sangat ringan tulang membantu isteri dan rapat dengan anak-anak.

Posting Ibu ini bukan untuk menghina para suami yang lepas tangan. No, No, No! JANGAN SEKALI ADA SESIAPA MELEPASKAN GERAM KEPADA SUAMI ATAU LELAKI DI SINI.

Jika pun anda mempunyai suami yang tidak membantu, jangan lepaskan di sini. Ibu akan delete! Kenapa? Sebab posting ini bukan untuk memberi ruang sesiapa mengutuk sesiapa. Posting ini untuk menggalakkan perbuatan baik.

Mereka yang sudah melakukannya kita raikan. Yang terbaca dan tersentuh hati untuk membantu lebih isteri mereka, kita raikan.

Ibu berpegang, jika kita mahukan perubahan positif, kita memperbanyakkan fokus kepada perkara positif.

Oleh itu Ibu menggalakkan anda berterima kasih kepada pasangan anda kerana saling bantu membantu. Isteri kepada suami dan suami kepada isteri.

You wife is not a superwoman, but she will be a superwoman when by her side is a superman.

Salam Kasih,

Ibu Rose.

Empower With Love.

Mahu anak jadi bijak dan berakhlak mulia. Mari belajar ilmu, skil dan sikap positif untuk mendidik anak-anak kita.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,764 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen