Selesaikan Yang Wajib Dahulu, Buat Majlis Ikut Kemampuan.

 

Apabila sentuh bab majlis perkahwinan ini, semua orang beranggapan bahawa ianya perlu dilakukan dengan penuh meriah, dan mewah. Itu belum ditambah kisah makcik bawang yang ingin tahu berapa banyak hantaran yang diberikan pihak lelaki, berapa persalinan akan dipakai dan berapa mahal pelamin yang ditempah.

Kalau nak ikut semua itu, pastilah banyak wang yang akan dibelanjakan ke arah itu. Itu belum termasuk makan minum untuk tetamu lagi. Kenapa kita perlu sukarkan perkara yang mudah? Adakah kerana terlalu dengar kata orang sekeliling?

Cuba kita memudahkan sahaja majlis perkahwinan kita ini. Ikuti tips bajet majlis perkahwinan secara sederhana daripada saudara Amir Syahir ini.




                         

Panduan Bajet Kahwin Secara Sederhana.

*****************************************

Cuti sekolah sudah bermula. Mesti ramai yang sedang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Alhamdulillah tahniah diucapkan buat yang bakal berkahwin.

Tapi, sebelum buat majlis kahwin, kena buat perancangan yang rapi supaya majlis yang dibuat berjalan dengan baik dan lancar.

Jom baca panduan buat bajet kahwin yang sederhana. Antaranya;

***

1. Bila nak kahwin jangan buat pembiayaan peribadi. Buat majlis ikut bajet sendiri.

2. Pelamin dan meja makan tak perlu bunga beribu kuntum. Bunga pula tak perlu yang hidup saja. Nanti layu juga akhirnya. Lagi elok jika mampu buat sendiri. Minta tolong dengan saudara mara dan sahabat handai.

3. Hantaran boleh gubah sendiri. Tak perlu hantar kedai atau butik yang menelan belanja beribu ringgit.

4. Baju kahwin cukuplah dua pasang. Sepasang untuk akad nikah dan sepasang lagi buat bersanding.

5. Kad kahwin tak perlu yang hipster bagai. Kononnya nak nampak lain dari yang lain. Lepas kenduri orang buang jugak.

6. Kek kahwin tak perlu bertingkat-tingkat. Yang setingkat pun dah cukup menjadikan majlis meriah dan sanak saudara bahagia.



7. Kalau akad nikah dah bersanding hari yang sama, cukuplah make up sekali sahaja. Tak perlu membazir bagai.

8. Goodies cukuplah setakat kemampuan sahaja. Tak perlu tempah yang mahal sebab nak nampak hebat dan mewah.

9. Tak perlu tempah set karaoke, DJ, live band bagai. Pasang lagu nasyid Raihan, Maher Zain, Opick pun sedap juga.

10. Berbulan madu di tempat yang mampu sahaja. Tak perlu tiru kawan berbulan madu sampai ke Maldives sana.

***

Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan kau. Tak perlu ikut orang, tak perlu tiru artis kesayangan kau tu. Tak dosa buat majlis biasa-biasa. Yang penting, perkara yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.

Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting. Kalau buat majlis macam anak raja, lepas kahwin menumpang rumah mertua. Duit deposit pun belum ada. Entah tahun bila dapat beli rumah.

Baik buat majlis biasa-biasa tapi meriah. Tanpa perlu buat pembiayaan peribadi. Barulah dapat memulakan hidup berkeluarga tanpa beban hutang. Kah!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen