Pujian Daripada Ibu Bapa Mampu Tingkatkan Self Esteem Anak-Anak.

 

Sebagai ibu bapa, kita selalunya inginkan yang terbaik buat anak-anak kita. Sebab itulah kadang kala kita mahukan dirinya lakukan sesuatu perkara yang baik sehinggakan kita lupa bahawa mereka ini masih lagi dalam proses mempelajari sesuatu, jadi macam boleh hasilakan sesuatu yang cukup baik.

Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing, ada yang mempu lakukan sesuatu dengan baik hanya sekali sahaja, ada juga yagg perlu lakukan berulang kali baru berjaya. Semuanya berbeza mengikut kemampuan anak-anak.

Jadi sebagai ibu bapa jangan terlalu tegas dengan anak-anak. Berikan mereka ini sedikit pujian agar ia mempu menjadi pendorong buat anak-anak untuk terus maju kehadapan. Berdasarkan perkongsian daripada Puan Nieza Termizi, apabila ibu bapa memuji anak mereka maka, self esteem anak mereka akan meningkat naik.

Mari ketahui lebih lanjut mengenai perkongsian beliau ini.



ASPEK PUJIAN UNTUK MENDORONG ANAK POSITIF.

Disclaimer: Point ini saya peroleh dari group telegram Mendidik Gaya Nabi. Saya ambil dan olah dengan ayat dan contoh sendiri.

Siapa di sini SELALU dan SUKA puji anak? Dengarlah mana-mana ceramah keibubapaan sekalipun. Tukang ceramah pasti tekankan, puji anak. Self esteem mereka akan meningkat naik. Tapi nak puji ni pun kene ada caranya. Antara pujian yang bagus adalah puji secara spesifik dan puji serta merta. Jangan tunggu minggu depannya baru nak puji. Anak pun dah lupa kebaikan apa dia buat. Pftttt..

Panduan memuji.

Biasa tak anak tunjukkan pada kita hasil lukisan dia? Comot? Kreatif? Cantik?

1. Puji kreativiti.

"Woww..cantiknya lukisan kakak..kreatif sungguh. Ibu pun tak boleh lukis macam ni!

2. Puji hasil kerja.

"Cantik lukisan kakak. Kemasss je. Warna biru dengan kuning ni campuran dia sesuai. Nampak lagi menyerlah. Pandai kakak pilih warna"

3. Puji daya usaha.

"Wahh..untuk lukis lukisan camni, mesti kakak dah luangkan banyak masa dan tenaga untuk berfikir kan. You have put so much effort to draw such beutiful drawing. I adore it"


4. Puji perbuatan baik.

"Umi seronok tengok kakak melukis. Dapat isi masa dengan perkara berfaedah. Dapat tingkatkan skill melukis. Tengok, adik-adik pun ikut sekali"

5. Puji prestasi.

"Very good kakak. Hasil lukisan ni lebih baik dari semalam. Well done!

6. Puji hasrat.

"Harini kakak nak melukis? Of course la boleh. Bagus la kakak ni. Lukis dulu lepas tu baru main k"

Untuk mama papa sekalian, gunakan teknik di atas dan ubah skrip mengikut situasi masing-masing ya. Ingat, dengan memuji self esteem anak akam meningkat. Perkara positif telah diprogramkan ke dalam mindanya. Sedikit demi sedikit dia akan membesar menjadi anak yang berkeyakinan tinggi dan berani.

Selamat memuji!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 345,397 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen