Wajah Suami Kelihatan Kusam? Jom Ikuti Tips Yang Jimat Ini.

 

Menjadi seorang lelaki, pasti sentiasa melakukan aktiviti yang lasak, dan sentiasa terdedah dengan cahaya matahari, debu jalan, pencemaran udara seperti asap rokok dan sebagainya. Keadaan di luar rumah ini, akan mengakibatkan wajah suami anda kelihatan kusam, gelap dan seperti tidak bermaya.

Anda yang lihat wajah suami setiap hari pasti terdetik, mahu lihat wajahnya yang kacak dan berseri, barulah sentiasa terpikat dan tergoda. Jadi, jom ikuti tips ‘murah’ ini kerana tidak memerlukan duit yang banyak dan jimat sahaja, iaitu dengan menggunakan tomato.

Tips nya adalah seperti berikut:

1. Gunakan jus tomato bagi mengecilkan liang pori-pori kulit wajah. Gabungkan dua hingga empat titis jus lemon bersama satu sudu jus tomato. Sapukan ia pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas menggunakan air suam.

2. Lenyekkan tomato dan sapukan dengan rata pada wajahnya. Biarkan selama satu jam sebelum dibilas. Akhiri proses dengan menggunakan pelembab yang suami anda gunakan. Jerawat pasti dapat dikurangkan dengan penggunaan yang berterusan.

3. Potong separuh tomato dan sapukan ia pada bintik gelap. Bilas dan sapukan pelembap. Menyapu hirisan tomato pada bintik gelap merupakan antara penawar mujarab bagi menghilangkan bintik yang tidak dikehendaki itu.

4. Ambil jus tomato dan kisarkan ia bersama jus timun. Selepas itu, celup segumpal kapas di dalam adunan jus tadi dan sapukan pada wajah setiap hari. Cara tersebut mampu mengawal penghasilan minyak pada wajah dan mengekang pertumbuhan jerawat.

5. Campurkan dua sudu jus tomato bersama empat sudu susu mentega dan sapukannya pada kulit muka kemudian bilas selepas 30 minit. Cuba langkah ini di rumah bagi menyembuhkan kulit akibat selaran matahari. Difahamkan, likopena yang ditemui dalam tomato mampu melindungi kulit daripada sinaran ultraungu.

6. Sekiranya kulit suami kasar dan kusam, tomato dan topeng yogurt mampu menjadi penyelamat bagi masalah tersebut. Sapukan jus tomato yang dicampur dengan yogurt pada kulit dan bilas selepas 20 minit menggunakan air suam. Yogurt menjadikan kulit berseri secara sihat dan meningkatkan kandungan protein pada kulit manakala tomato meneutralkan permukaan kulit sambil menyejukkannya.

7. Sapu jus tomato bersama madu pada wajah dan biarkan ia kering selama 15 minit sebelum dibilas. Penawar yang boleh dibuat di rumah itu sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Tomato kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam.

8. Campurkan jus tomato bersama avokado bagi menjadikan topeng yang sesuai untuk kulit pelbagai jenis. Sifat hidrasi dan antiseptik avokado bersama gabungan astringen tomato amat efektif untuk menyerikan kulit.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 614,299 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen