Cara Hilangkan Tekanan Tanpa Menggunakan Wang. Jom Kita Berjimat.

 

Apabila berhadapan dengan tekanan apa yang kita akan lakukan? Biasanya kita akan pergi ke luar rumah untuk mendapatkan udara yang segar ataupun kita mempunyai aktiviti yang mampu membuatkan kita lupakan masalah tersebut. Jika aktiviti yang berfaedah, itu tidak mengapa. Sebagai contoh berjogging, lakukan sukan lasak ataupun hanya duduk melihat pemandangan.

Tapi yang membimbangkan adalah cara menghilangkan tekanan melalui berbelanja seperti shopping, lepak di kedai makan bersama rakan serta menonton wayang. Ini semuanya akan membuat anda sukar untuk berbelanja secara jimat cermat malah duit akan dibazirkan akan perkara yang tidak penting.

Apa kata kali ini anda cuba hilangkan tekanan anda di rumah. Rasa tidak berjaya? Apa kata cuba dahulu sebelum mengalah. Berikut adalah cara-caranya.



1. Menikmati tea atau kopi di rumah.

Jika anda suka menikmati tea dan kopi di luar, kali ini cuba pula menikmatinya di rumah sambil menonton televisyen ataupun bermain telefon bimbit anda. Jika anda bosan berseorangan, boleh anda menikmati tea dan kopi tersebut bersama rakan-rakan anda serta ahli keluarga anda. Tidak perlulah anda mengeluarkan duit hanya semata-mata ingin menikmati tea dan kopi di kedai.

2. Memakan coklat.

Tahukah anda bahawa coklat ini mampu meredakan tekanan malah melegakkan minda anda. Memakan coklat ini mampu membangkitkan kembali mood anda selepas seharian kepenatan berada di tempat kerja. Namun begitu, jangan makan terlalu banyak dan berlebihan.

3. Berbaring di tempat tidur.

Tidak salah jika anda ingin menikmati masa rehat anda dengan baring di atas katil. Cuba nikamati masa yang anda itu dengan membaca buku atau menonton filem yang anda gemari.

4. Bercakap di telefon.

Ingin perlukan teman berbual? Tetapi masih duduk di rumah. Senang sahaja, apa kata anda menelefon rakan-rakan, pasangan atau keluarga anda untuk berbual. Berbuallah dengan mereka ini sekurang-kurangnya 20 minit, ia bukan sahaja dapat berkongsi cerita tetapi ia juga dapat membuat hubungan bertambah erat serta menyegarkan minda anda.



5. Main permainan indoor.

Terasa bosan? Apa kata anda cuba bermain catur, monopoli, jutaria, dan sebagainya yang mampu tingkatkan hubungan anda bersama keluarga sekaligus merehatkan minda anda. Permainan seperti ini akan membuat anda berhubung dengan permain secara langsung.

6. Berjalan-jalan di taman.

Jika terlalu bosan untuk tinggal di rumah, mungkin anda boleh cuba berjalan-jalan di taman sambil menikmati udara segar. Dan anda juga boleh melakukan senaman ringan apabila di taman ini. Jadi ia sekaligus membantu anda untuk kembali bertenang dan lupakan masalah yang ada.

7. Memasak dengan juadah yang lain dari biasa.

Untuk lebih berjimat, apa kata anda cuba memasak di rumah. Cuba untuk memasak dengan juadah yang berlainan daripada hari biasa. Jangan memasak dengan masakan yang sama, ia akan membuat anda sendiri rasa bosan dan jangan menikmati di dalam rumah. Apa kata kali ini anda menikamtinya di luar rumah anda.

Ini adalah beberapa tips untuk anda menghilangkan tekanan anda ketika di rumah. Dan pada masa yang sama ia juga membantu anda berbelanja dengan jimat.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 385,553 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen