Badan Selalu Letih Dan Lesu? Jom Kembali Bertenaga Dengan Langkah Ini.

 

Seperti yang kita tahu, apabila kita terlalu sibuk dan pnat berkerja, tubuh badan kita akan mengalami keletihan yang agak ketara. Namun begitu, rasa letih kerana sibuk berkerja ini akan hilang apabila mendapat rehat yang secukupnya. Berlainan pula dengan mereka akan mudah berasa mengantuk dan letih setiap hari walaupun pada waktu pagi. Mungkin disebabkan faktor umur, namun begitu ia masih lagi boleh di atasi.

Rasa letih itu biasa terutamanya jika anda sudah semakin berumur. Namun jika terlalu kerap mengalaminya, ia tentu menjejaskan aktiviti harian anda. Jangan bimbang, ada banyak langkah yang anda boleh cuba amalkan untuk mengembalikan semula tenaga anda.



Berikut adalah langkah yang boleh anda cuba lakukan.

1. Lakukan pemeriksaan kesihatan.

Rasa letih anda mungkin disebabkan oleh keadaan kesihatan tertentu termasuk kencing manis, penyakit jantung, artritis, anemia, masalah kelenjar tiroid, dan apnea tidur. Dapatkan pemeriksaan dan nasihat dari ahli profesional.

Sesetengah ubat-ubatan juga boleh menyebabkan keletihan seperti sebahagian ubat tekanan darah tinggi, antihistamin, dan diuretik.

2. Gerakkan badan anda.

Sudah letih tapi perlu bersenam? Bunyi seperti pelik tetapi banyak kajian membuktikan bahawa bersenam boleh meningkatkan tenaga. Ia membuatkan jantung, paru-paru, dan otot bekerja dengan lebih efisien. Dalam kadar yang betul, senaman tidak memenatkan sebaliknya memberikan lebih tenaga.

3. Banyakkan minum air.

Antara punca keletihan ialah dehidrasi. Air boleh hilang dari badan anda tanpa sedar. Apabila cecair badan berkurang, banyak fungsi badan terganggu dan ia menjejaskan tahap kecergasan anda.

Berapa banyak anda perlu minum? Sehingga air kencing menjadi warna kuning cair atau seperti air kosong.



4. Tidur awal.

Kurang tidur ialah antara punca utama keletihan di waktu pagi. Tambahan pula, kurang tidur mendedahkan diri kepada risiko penyakit kronik termasuk obesiti dan tekanan darah tinggi.

Tiada lagi panggung wayang di tengah malam!

5. Kurangkan berat badan berlebihan.

Mengurangkan badan boleh memberikan rangsangan tenaga serta meningkatkan mood dan kualiti hidup. Bagaimana? Kurangkan saiz hidangan dan lebihkan aktiviti fizikal.

6. Makan lebih kerap.

Lebih kerap tetapi dengan saiz hidangan yang kecil. Kaedah ini membantu mengekalkan kadar gula dalam darah sepanjang hari. Bijirin penuh dan makanan karbohidrat kompleks lain (kekacang, sayur-sayuran) ialah pilihan yang baik kerana ia mengambil masa lebih lama untuk dihadam berbanding karbohidrat ringkas (nasi putih, gula-gula, air berperisa).



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen