Belajar Tawar Menawar Dengan Lebih Bijak, Untuk Dapatkan Harga Yang Murah.

 

Dalam melakukan jual beli, pasti akan sentiasa membayar berapa sahaja harga yang telah diletakkan oleh penjual tersebut. sebenarnya, anda boleh melakukan rundingan atau tawar menawar apabila anda merasakan bahawa barangan yang dijual itu agak mahal berbanding sepatutnya.

Dengan melakukan tawar menawar ini, anda akan memiliki barang tersebut dengan harga yang murah serta berpatutan. Jangan malu untuk berunding akan harga tersebut. Tidak tahu bagaimana untuk berunding? Mungkin anda boleh ikuti tips ini.



1. Tahu perkara asas mengenai produk sebelum berunding.

Jangan buat runding secara melulu, adalah lebih baik jika anda mengetahui akan harga barangan tersebut di kedai yang lain dan membuat perbandingan. Jika anda mampu mengira kos pengeluaran dan kos perkhidmatan adalah lebih baik. Hal ini kerana, ia akan membuatkan anda penjual akan memberikan harga yang berpatutan kepada anda.

2. Biarkan penjual sebut harga terlebih dahulu.

Jangan bertindak terburu-buru, selalunya harga pada tanda harga itu bukanlah harga yang sebenar. Jadi anda seharusnya melakukan tawar menawar dengan membiarkan penjual menyebut harga yang boleh dirinya berikan. Selepas itu anda mintalah harga yang lebih rendah dari yang ditawarkan itu.

3. Ketahui had pembatasan.

Baik penjual atau pembeli, kedua-duanya mahukan keuntungan bersama. Jadi jangan meminta harga yang keterlaluan. Adalah lebih elok jika anda membuat perbandingan dan berfikir secara logik akan barangan tersebut. Cuba untuk ketahui harga pasaran dan selepas itu margin keuntungan penjual. Jangan biarkan rundingan anda membuatkan penjual berasa rugi.



4. Hanya melihat terlebih dahulu.

Biasanya, penjual akan memulakan tawar menawar apabila mereka melihat anda disekitar kedainya. Kesunyian antara dua orang yang berhadapan dengan satu sama lain akan mewujudkan perasaan tidak selesa. Anda hanya perlu diam dan tidak perlu bertindak balas terhadap tawaran yang diberikan oleh penjual. Jadi mereka ini akan mula memberikan harga yang lebih murah berbanding harga yang ada pada tanda harga.

5. Meminta barangan percuma.

Apabila penjual tidak mahu memberikan anda harga yang murah, manakala anda sangat mahukan barangan tersebut. Maka anda boleh gunakan cara meminta barangan percuma daripada penjual tersebut. Mungkin anda boleh meminta aksesori tambahan daripada barangan yang anda beli itu. Ataupun, anda boleh meminta pihaknya untuk memanjangkan lagi warranty yang ada pada barangan tersebut.

6. Tinggalkan kedai tersebut.

Ini adalah taktik yang sangat berkesan untuk anda lakukan bagi memperolehi harga yang murah. Strategi ini boleh berjaya kerana sangat sedikit perniagaan yang bersedia kehilangan jualan dan pelanggan. Mereka takut membiarkan pelanggan pergi tanpa membeli produk atau perkhidmatan. Apabila ini berlaku, anda akan mendapat kelebihan apabila berunding. Apabila anda tidak mendapat harga yang dikehendaki, maka pergi dan keluar dari kedai dengan segera. Penjual yang tidak mahu kehilangan pelanggan pasti gembira untuk menghubungi anda dan membuat tawaran yang lebih menguntungkan lagi.

7. Mesra dan beradap.

Walaupun anda inginkan barangan tersebut dengan harga yang murah, jangan membuat penjual berasa hati dengan anda. Maka dengan itu, cuba untuk menjadi seorang yang mesra dan beradap apabila lakukan rundingan tersebut. Jangan menggunakan kata-kata yang kasar, hal ini kerana, ia akan membuat penjual tidak mahu memberikan barangannya kepada anda.

Jangan merasakan tawar menawar ini adalah perkara yang memalukan, jika anda berasa malu, anda mungkin tidak akan memiliki barangan yang anda mahukan dengan harga yang murah. Kadang kala penjual ini sengaja meletakkan harga yang sedikit tinggi agar anda melakukan tawar menawar dengan mereka ini.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 492,849 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen