Sukar Untuk Tidur Malam? Jom Ikuti Tips Ini.

 

Ramai sahaja dikalangan kita sukar untuk melelapkan mata pada waktu malam, dimana ia adalah waktu untuk kita berehat setelah bekerja seharian. Isu ini sehingga menjadi kebiasaan, dan ramai menganggap ia adalah normal dengan usia yang semakin meningkat. Namun, ia sebenarnya adalah berpunca daripada cabaran dan tekanan perasaan yang sentiasa dihadapi pada waktu siangnya.

Jika anda memang sukar untuk tidur malam, kesihatan anda akan terganggu dan mudah menghadapi masalah mental. Cuba ubah gaya hidup anda dengan mengikuti beberapa tips dibawah;

1. Meminta maaf dan memaafkan setiap kesalahan orang terhadap kita

2. Jangan fikirkan apa-apa ketika hendak tidur.

3. Jangan berangan-angan tanpa noktah.

4. Jangan cuba selesaikan masalah yang berat-berat.

5. Baca buku atau majalah didalam cahaya yang suram. Kita memang cepat mengantuk bila baca buku dalam cahaya yang suram.

6. Rangka satu tabiat supaya tidur pada waktu-waktu tertentu dan bangun pada waktu tertentu. Cuba tidur pada waktu yang sama pada setiap malam. Cuba jangan pecahkan rutin ini pada hujung minggu kerana kita cenderung untuk tidur lewat pada waktu hujung minggu. Begitu juga dengan bangun, kita sepatutnya dapat bangun sendiri tanpa penggera jika tidur kita cukup.

7. Lakukan riadah sederhana pada waktu petang.

8. Jangan makan terlalu banyak dan ketika hendak tidur jangan ambil minuman berkafein. Kafein boleh merangsang minda, menyebab kita sentiasa berfikir dan tidak dapat rilaks untuk tidur.

9. Pastikan suasana bilik selesa. Anda sepatutnya mempunyai ruang yang cukup untuk meregang dan berpusing. Jika anda terjaga dengan sakit belakang atau leher, mungkin anda patut fikir untuk menukar tilam yang lebih baik.

10. Kaedahnya yang saya amalkan ialah membaca Al-Fatihah, Ayat kursi, 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas), berselawat, syahadah dan diakhiri dengan membaca bismillah sebanyak 21 kali. Kemudian memberi salam kepada teman-teman setiduran.

11. Buat persiapan ringkas untuk hari esok.

12. Set minda dengan berkata di dalam hati, aku hendak tidur. Hati akan berkomunikasi dengan minda dan minda melalui mekanisme conscious dan subconciousnya akan menjadikan tidur satu realiti.

Dan Amalkan Doa Ini Untuk Mengubati Masalah Sukar Tidur:

اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ

يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي

Maksudnya : Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,762 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen