5 Gaya Hidup Yang Membantu Anda Berbelanja Lebih Sederhana.

 

Adakah anda tahu bahawa gaya hidup yang anda amalkan setiap hari ini akan memberi kesan kepada kewangan anda? Secara logiknya, berbelanja dengan mengikut kehendak dan nafsu sendiri adalah lebih mudah untuk anda hadapi masalah kewangan berbanding dengan mereka yang berbelanja secara sederhana.

Sebab itulah anda perlu mengubah gaya berbelanja anda yang terlalu mewah kepada gaya berbelanja yang lebih sederhana dan juga menjimatkan diri anda. Kerana perkara sebegini, kami mencadangkan agar anda melalui gaya hidup yang mudah dan tidak berlebihan.

Bagaimana? Berikut adalah caranya.



1. Jangan malas untuk menjaga barang yang ada.

Apabila anda mempunyai banyak barangan yang hampir sama kegunaannya, anda akan lebih mudah mengabaikan dan tidak menjaganya dengan baik. Kebiasaanya barangan tersebut menjadi rosak selepas anda tidak menjaganya dengan baik malah mengangtikannya dengan yang baru. Sebagai contoh, telegon bimbit, kereta, laptop dan pelbagai lagi. Jangan mudah untuk membeli barangan yang baru melainkan barang yang anda miliki itu tidak mampu untuk diperbaiki lagi.

2. Beli barangan yang murah tapi berkualiti tinggi.

Barangan yang mahal belum tentu mempunyai kualiti yang baik. Apa kata anda cuba menggunakan barangan yang berharga sederhana tetapi mempunyai kualiti yang baik. Sebagai contohnya, barangan tempatan yang kini turut mempunyai kualiti yang sama dengan barangan berjenama mahal. Tidak salah jika anda menukar selera anda kepada barangan tempatan pula.

3. Jangan terlalu mengikut trend.

Jika anda hidup dengan sentiasa mengikut trend yang terkini, ia mungkin akan memberi beban kepada kewangan anda. hal ini kerana, barangan yang mengikut trend ini biasanya akan sedikit mahal berbanding biasa. Jadi jika anda hanya mengejar trend dan selepas itu menukar yang baru lagi kerana trend telah berubah, ia akan membuat poket anda lebih menipis.



4. Jangan berlebihan membeli makanan.

Tidak salah untuk membeli makanan jika anda mampu menghabiskannya. Apa yang selalunya terjadi adalah, anda akan membeli makanan dengan kuantiti yang banyak dan anda tidak mampu untuk menghabiskannya, akhirnya akan berlaku pembaziran di situ. Sedangkan duit yang anda bazirkan itu boleh membeli barangan yang lain.

5. Jangan mengikut gaya rakan anda.

Setiap orang yang telibat dengan pembaziran ini adalah kerana mengikut rentak rakan-rakannya. Jika rakan anda suka membeli barangan berjenama, anda juga tidak akan ketinggalan. Begitu juga jika rakan anda suka membazir maka anda juga akan begitu. Jadi jika anda inginkan hidup yang lebih bersederhana dan berjimat, maka jauhi rakan-rakan sebegini.

Apa yang paling penting adalah anda tahu membezakan yang mana keperluan dan yang mana kemahuan. Bahkan anda juga mampu mengawal kemahuan anda dengan baik, jadi anda tidak akan menghadapai masalah kewangan yang teruk.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,925 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen