5 Kelebihan Mengembara Menurut Imam Syafie.

 

Mengembara adalah apabila seseorang pergi ke sesuatu tempat untuk menambah pengalaman dan mempelajari sesautu yang baru seperti budaya dan seumpama dengannya. Dengan pengembaraan ini, seseorang akan secara tidak langsung dapat menambah ilmu tentang sesuatu yang mereka inginkan.

Bukan sekadar melancong yang hanya melihat keadaan, dan mengambil gambar semata-mata kerana ingin melihat pemandangan. Ia berbeza matlamat dimana mengembara ini adalah untuk…

1. Mencapai Cita-Cita.

Orang yang berhijrah dan mengembara kata Imam Syafie akan memperoleh kejayaan dalam hidupnya. Ini kerana mereka perlu mengusahakan sesuatu yang baru untuk menyara diri sendiri. Berada di tempat orang lebih-lebih lagi jika dalam kelompok minoriti pasti memerlukan usaha yang lebih untuk berjaya.

Pada kesungguhan dan usaha itulah yang akhirnya akan membuahkan hasil untuk dikecapi. Lihatlah beberapa orang yang kita kenali sama ada selebriti, usahawan dan juga ahli akademik yang akhirnya berjaya di tempat orang seperti Yuna, Sheila Hamzah dan juga Nurul Ain yang merupakan seorang penyelidik perubatan berasaskan Kanabis di United Kingdom. Mereka mampu menempa nama walau bukan di gelanggang sendiri.

2. Mata Pencarian.

Berada di tempat orang juga boleh mendatangkan rezeki kepada diri iaitu melalui pekerjaan yang dilakukan. Kadang-kadang sukar untuk mencari pekerjaan di tempat asal, lalu orang mula merantau ke bandar-bandar besar yang punya lebih banyak peluang pekerjaan.

Malah ada yang memilih untuk mengembara ke tempat lebih jauh di luar negara. Jika nilai mata wang di tempat tersebut tinggi, hasilnya pasti lebih lumayan apabila ditukarkan ke mata wang negara asal. Kesenangan yang dikecapi bukan sahaja dapat dirasa oleh orang yang berhijrah bahkan ahli keluarga yang tinggal di tempat asal.

3. Ilmu Pengetahuan.

Kata orang ‘jauh perjalanan, luas pengalaman’. Setiap tempat yang dijejaki pasti punya kelebihan dan keunikannya yang tersendiri. Kembara akan menemukan kita dengan ilmu baru tentang kehidupan, dan memberi peluang kepada kita mencedok sebanyak mungkin ibrah dan teladan.

4. Adab Dan Tatacara.

Tempat-tempat yang dilawati juga tentu ada budaya dan tatacaranya yang tersendiri. Kita akan mula memahami bagaimana bahagian-bahagian dunia ini berfungsi dan bukan hanya tentang tempat sendiri sahaja. Kembara mengajar kita untuk bertoleransi, bantu-membantu serta muafakat dengan orang-orang yang kita temui.

5. Sahabat.

Apabila mengembara ke tempat baru, hubungan persaudaraan dengan orang di sekeliling sangat penting. Jika ada masalah yang menimpa, pasti kita akan lebih mudah mendapatkan pertolongan. Sahabat inilah yang akan menjadi peneman dalam perjalanan, penghibur, juga tempat bercerita hal-hal kehidupan.

“Merantaulah,

Orang berilmu dan beradab, tidak diam beristirahat di kampung halaman,

Tinggalkan negerimu dan hiduplah di negeri orang,

Merantaulah,

Kau kan dapati pengganti dari orang-orang yang kau tinggalkan,

Berlelah-lelahlah, manisnya hidup kan terasa setelah lelah berjuang” [Imam As-Syafie]


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,364 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen