Antara Tempat Menarik Di Terengganu Yang Perlu Anda Lawati.

 

Banyak tempat sebenarnya boleh dilawati di Terengganu. Pantai, pulau dan sinonim juga dengan penyu. Pulau Perhentian dan Pulau Redang, misalnya merupakan nama besar di Terengganu.

Begitu juga Tasik Kenyir. Berikut adalah sebahagian tempat menarik yang boleh dilawati serta tempat-tempat yang dinyatakan tadi:



                          

1. Rantau Abang.

Mungkin sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kampung kecil ini cukup terkenal sebagai lokasi penyu bertelur diantara bulan Mei dan Ogos suatu masa dulu. Tapi, jumlahnya semakin berkurang walaupun penyu masih datang.

Pantainya yang cantik elok menjadi tempat bersiar-siar dan bersantai untuk seisi keluarga. Hendak ke sini hanya perlu menaiki bas dari Kuala Terengganu, jika tidak memandu.

                          

2. Taman Tamadun Islam.

Taman Tamadun Islam membawakan masjid-masjid terkemuka di dunia kepada anda. Replika masjid Suleymen dari Turki, Alhambra dari Sepanyol, Masjid Sultan dari Singapura serta 23 yang lain dipamerkan di ruang terbuka. Itu di Zon A.

Zon B pula terletaknya Masjid Kristal, Pusat Konvensyen, Arked Terengganu, Restoran, Rumah Tetamu, dan Warrior Park.

Terdapat juga aktiviti menaiki ‘buggy’, menunggang basikal, menaiki trem, menonton Light & Show Sound, serta TT River Cruise yang menghubungkan ke Taman Warisan.

Harga Tiket: RM21.20 (dewasa), RM15.90 (kanak-kanak)

Alamat: Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu.

Waktu Operasi: 10am-7pm (Isnin, Rabu, Khamis), 9am-7pm (Jumaat-Ahad)

                           

3. Pulau Redang.

Ia antara pulau yang terbesar terdapat di Pantai Timur. Ia juga pulau yang terkenal di Terengganu selain Pulau Perhentian.

Pulau Redang amat dikenali kerana airnya yang biru, pasirnya yang halus dan lokasi kegemaran bagi para penyelam. Ia terbahagi kepada empat bahagian iaitu Teluk Bakau, Teluk Kalong, Pasir Panjang, dan Teluk Dalam.

Pasir Panjang menjadi lokasi tumpuan kerana terdapat banyak hotel dan chalet di sepanjang pantainya.

                        

4. Bukit Keluang.

Bukit Keluang terkenal dengan pemandangan indahnya. Selain pantainya yang cantik, pemandangan dari puncak bukitnya juga amat memukau pandangan sesiapa sahaja.

Melihat lautan biru yang terbentang luas dan kehijauan pulau-pulau sekitarnya memberi terapi kepada hati yang memerlukan rehat. Sebab itulah ramai pengunjung yang mengambil peluang merakamkan gambar mereka di sini terutama pada waktu petang.

Adakalanya sukar juga hendak bergambar kerana terpaksa menunggu ‘barisan’ yang panjang. Jika takut terlepas peluang, bermalamlah di resort atau chalet berhampiran.

Alamat: Besut, Terengganu



                          

5. Pasar Besar Kedai Payang.

Tidak lengkap kunjungan ke Terengganu jika tidak mendapatkan produk dari Terengganu. Pasar Besar Kedai Payang memang terkenal di kalangan pelancong yang mahu mendapatkannya.

Banyak hasil kraftangan ada dijual disini seperti batik, kain sutera, songket, kain broked, dan logam. Malah, sayur-sayuran turut dijual di sini.

Pasar ini bersaiz besar jadi ia mungkin boleh memakan masa sehingga berjam-jam untuk anda berjalan-jalan di dalamnya. Jangan lupa dapatkan keropok lekor asli dari Terengganu!

Alamat: 20000 Kuala Terengganu

                           

6. Keropok Lekor Bukit Tok Beng (BTB 2209).

Keropok lekor adalah makanan yang popular di Terengganu. Malah, isi ikannya dikatakan lebih banyak daripada yang dijual di negeri-negeri lain di Malaysia. BTB 2209 adalah salah satu lokasi untuk mendapatkan keropok lekor terbaik di Terengganu.

BTB 2209 turut dikenali dengan nama Keropok Lekor Nombor kerana nombor giliran digunakan untuk mengelakkan barisan panjang.

BTB amat dikenali kerana isi ikan yang banyak, sos pencicah yang pedas dan pekat pada harga yang berpatutan. Pengunjung diberikan 2 pilihan keropok lekor iaitu bergoreng dan direbus.

Alamat: Kampung Bukit Tok Beng, Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

                          

7. Keropok Lekor Kampung Losong.

Kampung Losong amat terkenal sebagai pengeluar keropok lekor di Terengganu.

Usaha penduduk Kampung Losong dalam mengusahakan makanan tradisional Terengganu ini tidak sia-sia apabila mereka mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri Terengganu sebagai Pusat Perniagaan Keropok Lekor di Terengganu.

Ada lebih 20 pengusaha keropok lekor di kampung tersebut. Pilih yang mana-mana sahaja kerana rasanya memang sedap.

Alamat: Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu

                          

8. Pantai Batu Buruk.

Tidak lengkap rasanya jika Pantai Batu Buruk tidak dimasukkan dalam senarai ini. Ini kerana namanya sudah cukup popular sejak lama dahulu. Ia sering mendapat kunjungan pelancong dalam dan luar negara.

Kedudukannya yang tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu juga adalah salah satu sebab ia mempunyai pengunjung yang ramai. Pengunjung tidak dibenarkan mandi di sini kerana keadaan lautnya yang berbahaya.

Namun, ini tidak menghentikan kedatangan pengunjung yang datang untuk beristirehat sambil menikmati pemandangan indah. Tambahan pula, banyak aktiviti lain boleh dilakukan di sini termasuk menunggang kuda.

Alamat: Kuala Terengganu

                          

9. Air Terjun Chemerong, Dungun, Terengganu.

Untuk yang berniat ke Sungai Bangang, bolehlah juga sertakan sekali Air Terjun Chemerong dalam list anda. Terletak kira-kira 128KM menggunakan LPT2 dari Kuala Terengganu. Air terjun tertinggi di Asia Tenggara ini terletak dalam hutan simpan Pasir Raja, Hutan Lipur Chemerong yang berkeluasan 292 hektar. Berketinggian 305 meter, Air Terjun Chemerong pasti menjadi tempat yang menarik untuk berkelah. Bagi yang gemarkan hiking dan flora fauna, jangan lupa anda boleh buat aktiviti CBL iaitu singkatan bagi tiga air terjun berdekatan iaitu Chemerong, Berembun dan Air Terjun Langsir.

                           

10. Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Kampung Laut, Cendering.

Jika anda datang ke Terengganu bersama keluarga dan ingin menambah pengetahuan anak-anak anda tentang informasi saintifik dan menarik, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu adalah tempat yang sesuai untuk anda sekeluarga. Anda juga berpeluang untuk merasai pengalaman bergambar di Green Screen dan gambar ini akan disunting untuk memberikan latar belakang yang anda inginkan seperti Eiffel Tower, di dalam kapal angkasa dan sebagainya.

                        

11. Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay), Kemaman, Terengganu.

Penyu sangat sinonim dengan negeri Terengganu dan untuk pengetahuan anda, di sini terdapat sebuah pusat santuari penyu. Anda boleh saksikan sendiri secara live penyu bertelur serta menambah pengetahuan mengenai spesies terancam ini. Terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari bandar Kemaman, pantai ini juga sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,901 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen