Suka Barang Membeli Barang Mewah? Cuba Tanya Perkara Ini Kepada Diri Anda Terlebih Dahulu..

 

Memiliki barangan mewah dan berjenama sememangnya kegilaan anak muda pada masa ini, terutama jika sudah mula berkerja dan mempunyai duit sendiri. Itu tidak belum lagi membeli barangan kerana terikut dengan gaya artis kesayangan. Mana tidaknya, terlalu mengikut rentak rakan-rakan sekeliling beserta melihat kehidupan mewah orang lain. Ada juga yang beranggapan membeli barangan mewah ini seumpama memberi diri sendiri ganjaran selepas penat lelah berkerja.

Tapi sebelum anda membuat pilihan untuk berbelanja mengikut yang anda mahukan, cuba lihat kemabli kewangan anda. Adakah ia kukuh sehingga hujung bulan? Ataupun adakah ia berbaloi untuk anda mengikat perut hanya gara-gara ini?



Untuk membuat anda rasa menyesal dengan membeli barangan tersebut, apa kata anda cuba bertanya soalan ini kepada diri anda.

1. Adakah anda kerap menggunakannya?

Anda boleh membeli barangan mewah dengan jenama terkenal, mengikut kehendak anda, tetapi anda harus berfikir dengan baik tentang berapa kerap barang itu akan digunakan. Jangan biarkan membeli barang yang tidak penting, di mana hanya akan menggunakannya sekali atau dua sahaja dengan harga yang tinggi. Dan lebih parah lagi jika anda tidak menggunakannya malah hanya menyimpannya di dalam almari sahaja.

Perkara sebegini hanya akan membuat anda rugi sahaja kerana berhabis wang terhadap barangan yang tidak penting.

2. Adakah anda sememangnya perlukannya?

Harga mahal tapi barang berkualiti, itu lah yang kerap kali digunakan sebagai alasan untuk mereka yang suka membeli barang berjenama ini. Anda perlu tanya semula diri anda, adakah anda membeli ini hanya sekadar menunjuk bahawa anda memiliki wang yang banyak ataupun sebaliknya?

Jika anda membeli kenderaan, ia mungkin akan digunakan setiap hari, tapi jika anda membeli beg tangan , kasut dan baju, adakah ia berbaloi untuk mengikat perut kerana perkara tersebut?



3. Adakah barangan tersebut tidak mempunyai harga yang lebih murah tapi memiliki kualiti yang baik?

Barangan murah itu tidak bermakna kualiti mereka ini tidak baik dan standing dengan barangan mahal. Ada sahaja barangan yang murah tapi kualitinya lebih bagus dari barangan yang berjenama itu. Malah sekarang terdapat banyak barang tempatan dengan kualiti yang baik, tetapi harga lebih murah daripada jenama mewah.

Atau alternatif lain boleh mencari diskaun supaya wang yang anda belanjakan tidak terlalu banyak. Tidak ada yang salah dengan membeli barangan tangan kedua , mengikut kehendak anda, tetapi harganya lebih murah.

Jangan buat diri anda rasa terbeban dengan perkara sebegini. Anda seharusnya lebih berjimat cermat dan memastikan bahawa anda kewangan anda itu mencukupi sehingga hujung bulan, bukannya membazir akan perkara yang bukan keperluan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,966 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen