Percutian Yang Menjimatkan Boleh Anda Miliki Jika Ikuti Tips Ini.

 

Semua orang pasti suka pergi bercuti bukan? Terutama jika pergi bersama rakan-rakan, keluarga dan juga pasangan anda. Pergi ke satu tempat untuk menikmati satu pemandangan yang cantik serta membantu menenangkan minda itu adalah kegemaran ramai orang. Tidak kiralah luar bandar atau dalam bandar, semuanya mempunyai keunikan yang tersendiri.

Tapi masalah kewangan akan sering kali menjadi kekangan untuk anda pergi melancong bersama orang yang tersayang. Jangan mudah putus asa dulu, terdapat beberapa perkara yang akan membantu anda untuk tangani masalah ini. Berikut adalah cara-caranya.



1. Rancang percutian terlebih dahulu.

Sebelum anda pergi bercuti, cuba lakukan perancangan terlebih dahulu. Terutama perancangan bila anda akan pergi, bersama siapa, di mana anda akan pergi serta berapa lama tempoh percutian itu. Jangan lupa untuk menyusun bajet anda dengan lebih baik dengan meletakkan tempat yang bakal anda lawati di tempat tersebut dan tempat makan yang mana menjadi target anda. Dengan membuat perancangan terlebih dahulu untuk hari pertama dan terkahir, ia akan membantu anda berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan.

2. Elakkan musim cuti.

Sekiranya anda ingin bercuti dengan bajet yang jimat, anda tidak seharusnya pergi bercuti pada musim cuti sekolah atau musim perayaan. Hal ini kerana, ia akan membuatkan harga tiket serta harga hotel akan lebih mahal berbanding hari biasa. Bahkan ketika musim begini, tempat tersebut akan lebih padat dengan orang ramai, nanti anda sendiri tidak dapat menikmati percutian anda dengan lebih baik.

3. Tempah tempat penginapan.

Pilih penginapan yang selesa serta ia bersesuaian dengan bajet anda. Sebelum membuat pilihan mengikut cita rasa anda, pastikan anda membaca review terlebih dahulu mengenai hotel tersebut. Dan tidak lupa juga, pastikan anda lokasi yang menjadi pilihan anda itu tidak terlalu jauh dengan bandar serta tidak terlalu berada di dalam kampung.
Bahkan ia juga perlu berdekatan dengan pengangkutan awam, barulah mudah untuk anda bergerak nanti. Pastikan anda membuat carian dengan bijak, dan membuat perbandingan harga terlebih dahulu.



4. Cari tiket promosi.

Pada ketika ini, cuba mencari sesuatu yang lebih kepada promosi terutamanya kepada tiket perjalanan anda. Jika anda dapat mencari sesuatu yang lebih murah maka, anda boleh gunakan wang anda untuk perbelanjaan lain.
Tidak salah dengan membeli tiket setahun sebelum perjalanan bercuti kerana biasanya tiket akan lebih murah. Dan anda juga akan bernasib baik kerana anda boleh melihat tempat yang mana ingin pergi dan tempat makan mana yang lebih murah dan sesuai.

5. Gunakan pengangkutan awam.

Untuk lebih jimat, bolehlah anda menggunakan pengangkutan awam yang telah disediakan untuk pergerakan anda. anda boleh memilih bas, LRT, ERL atau apa sahaja untuk ke tempat tersebut. Cuba elakkan untuk menaiki teksi dengan kerap, hal ini kerana, harganya lebih mahal berbanding harga tiket bas dan yang lain.

Siapa kata bercuti tidak boleh berjimat malah melakukan pembaziran? Jika anda mengikuti tips-tips di atas ia bukanlah satu masalah terhadap perbelanjaan yang berlebihan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,508 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen