Bagaimana Untuk Mengawal Kewangan Isteri Yang Terlalu Suka Membeli Belah? Jom Baca!

 

Terapi Membeli Belah sangat sinonim dengan kaum wanita. Majoriti daripada kaum wanita pasti mengambil masa yang lama ketika membeli belah sama ada di Shopping Mall atau melalui online seperti Shopee, Lazada, Zara dan seumpama dengannya. Lebih-lebih lagi pada penghujung tahun ini, sudah tentu kebanyakan kedai akan menawarkan harga yang jauh lebih murah.

Ketika saat ini, bermulalah kaum wanita cuba membodek si suaminya supaya memberikan duit belanja untuk membeli barangan murah ini. Kadang-kala tersasar juga kerana barang keperluang yang dibeli melebihi bajet. Tiba-tiba sahaja muncul barang yang lain di depan pintu, iaitu barang kehendaknya sendiri.

Barang keperluan yang masih elok dan tersedia ada di rumah pun masih tidak digunakan lagi. Hanya tersimpan sahaja.

Jadi bagaimana untuk mengawal kewangan isteri yang terlalu suka membeli belah ini? Jom ikuti kaedah ini…

1. Anda perlu tetapkan harga barangan yang si isteri mahu beli atau KERAP BELI sebagai contoh, tudung, baju, kasut, beg tangan TIDAK BOLEH LEBIH 10% DARIPADA GAJI.

Memang benar zaman sekarang, kaum wanita yang bekerjaya mampu untuk membeli barang peribadi dengan duit sendiri. Namun, apabila terlalu leka dengan menggunakan duit sendiri tanpa perancangan atau tidak di-monitor oleh suami, pasti pemborosan akan berlaku.

Jadi, sentiasa memberi peringatan pada Isteri anda.

2. Beli ketika ada promosi.

Akhir tahun ini sudah tentu keseluruhan kedai akan menawarkan promosi yang hebat. Biarlah membeli barang yang agak out dated atau ketinggalan zaman sedikit, namun isteri anda pasti dapat membeli dengan harga yang murah. Mungkin dengan harga yang murah boleh dapat dengan kuantiti yang banyak.

3. Hadkan pembelian untuk tidak berterusan sehingga setiap bulan.

Halang isteri anda untuk membeli barang terlalu kerap seperti jika dah beli barang tersebut pada bulan ini, bulan depan tidak lagi. Nasihat isteri elok-elok supaya tidak menjadi terlalu ketagih terutamanya apabila shopping online. Jadi, limitkan pengeluaran kad debit anda di bank terlebih dahulu.

4. Membaca review terlebih dahulu.

Sebelum membeli sesuatu barang, baca review terlebih dahulu. Jika barang tersebut mempunyai laman sosial media yang boleh dijadikan rujukan seperti facebook atau instagram, follow page tersebut untuk melihat review dari orang lain. Mungkin dari situ akan mendapat petunjuk bahawa tdak semua barang itu, kualitinya bagus.

Malah, boleh tahu jika barang tersebut ada promosi atau SALE.

5. Meletak barang yang sedia ada yang mudah dilihat.

Kebanyakan kaum wanita yang terlalu kerap membeli belah pasti akan terlupa dimana barang tersebut diletaknya. Dan akhirnya terlupa bahawa si dia pernah membeli barang tersebut, dan masih membeli lagi tanpa sedar. Jadi, suruh isteri anda menyusun semua barang yang telah dibeli sejurus membeli belah dan simpan terus dalam almari, atau tempat yang senang dilihat.

Jangan terbiar dalam bungkusan yang akhirnya tercampak ke dalam bilik store.

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 314,486 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen