5 Langkah Efektif Untuk Mengelakkan Tekanan Semasa Menggunakan Sosial Media.

 

Sosial media adalah salah satu punca yang membuatkan anak muda zaman sekarang mudah mengalami kemurungan atau depresi. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit mental dijangka akan menjadi bebanan penyakit nombor dua di dunia menjelang 2020.

Terlalu bergantung dengan sosial media sebenarnya adalah aktiviti yang tidak sihat dimana anda lebih mudah berasa tertekan. Jadi, jom ikuti 5 langkah efektif ini supaya anda tidak tertekan semasa menggunakan sosial media…

1. Menggunakan Sosial Media Dalam Keadaan Sedar.

Sudah menjadi kebiasaan apabila terlihat seseorang secara tiba-tiba meluahkan perasaan di sosial media. Tiada angin tiada ribut kemudian, luahan perasaannya dipadam pula. Kenapa?

Sebab individu tersebut bertindak diluar kawalan dan gagal mengawal emosinya. Jadi, secara tidak sedar dan secara tiba-tiba dia meluahkan perasaan atau dipanggil meroyan. Apakah puncanya? Mungkin kerana dari tulisan/post dari orang lain yang membuatkan si dia tidak gembira. Malah tekanan dari keadaan sekelilingnya juga.

Jadi, gunakan lah sosial media dalam keadaan anda waras dan tidak tertekan.

2. Tidak Semua Yang Ada Di Sosial Media Itu Benar.

Anda perlu tahu bahawa apa yang dipaparkan di sosial media itu kebanyakannya tidak benar. Ada yang berpura-pura disebalik kesedihan, bergaya disebalik kekurangan dan seumpama dengannya. Apabila anda melihat keindahan orang lain sahaja, tapi tidak pada diri anda, ini yang akan menyebabkan anda menjadi tertekan.

Jadi, mula lihat kelebihan dan keindahan yang ada pada diri anda sekarang!

3. Jom Rehat!

Elakkan menggunakan sosial media  selama 24/7. Apabila terlalu tertumpu pada medium yang menyalurkan berita melalui sosial media, anda akan terlepas apa yang terjadi pada keadaan sekeliling anda sebenarnya. Isu semasa memang penting, tetapi kesihatan anda pun penting juga. Malahan isu zaman sekarang terlalu negatif yang membuatkan anda menjadi tertekan.

Ambil masa untuk bertenang, rehat dan lihat keadaan sekeliling anda!

4. Hadkan Masa Apabila Menggunakan Sosial Media.

Menurut kajian 40% daripada penduduk dunia menggunakan media sosial, dan purata masa yang dihabiskan untuk hanya memberi komen, like, menatal (scrolling), dan tweet ialah DUA JAM dalam sehari.

Oleh kerana itu anda perlu mengambil masa untuk berehat daripada menggunakan sosial media dengan kerap. Ia juga menyebabkan anda sering mengalami migraine atau sakit kepala.

5. Awas Cyber-bullying dan Public Shaming.

Public shaming seperti body shaming, skin shaming dimana ia dilakukan dengan berniat untuk menjatuhkan maruah seseorang. Seperti baru-baru ini, seseorang yang berkulit hitam dikatakan tidak cantik dan perlu mengambil produk untuk memutihkan kulit.

Seseorang yang memiliki badan yang montel tidak cantik untuk menggayakan apa sahaja pakaian.

Situasi ini yang menjurus kepada cyber-bullying dan individu tersebut akan mengalami depresi.

Ubahlah gaya hidup anda menjadi lebih sihat bukan dengan menjaga pemakanan dengan senaman sahaja, malah mengurangkan penggunaan sosial media. Guna hanya untuk mengetahui isu semasa dan perkara-perkara yang penting sahaja.

Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,284 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen