Tips Pengurusan Masa Buat Ibu-Ibu Yang Berkerjaya.

 

Setiap hari 24 jam bagaikan tidak mencukupi buat ibu-ibu yang berkerjaya ini. Mana tidaknya, nak urus rumah, urus anak dan uruskan kerjaya lagi, mana cukup untuk dilakukan dalam masa satu hari. Sebab itulah, ibu-ibu ini mudah alami tekanan jika terlalu sibuk dalam memastikan semua perkara tersusun dan berjalan lancar.

Masalah dekat pejabat tak selesai dah ditambah pula dengan masalah di rumah. Banyak perkara yang perlu difikirkan sehingga kesihatan terabai kerana tidak dapat rehat yang cukup. Jadi di sini ada beberapa tips yang mungkin membantu ibu-ibu untuk menguruskan rumah dan kerjaya dengan lebih baik dan seimbang. Berikut adalah cara-caranya.



1. Fokus perkara yang penting.

Anda harus dahulukan perkara yang paling utama dan penting. Dalam masa 24jam, anda tidak akan mempunyai kesempatan untuk melakukan semua perkara maka dengan itu, anda boleh selesaikan perkara yang paling utama terlebih dahulu. Seterusnya, buat senarai apa yang anda ingin target pada minggu tersebut tanpa membuatkan diri rasa ‘down’. Namun harus diingatkan, jangan terlalu ‘push’ diri melakukan sesuatu jika tak berkemampuan.

2. Senaraikan apa yang anda harus lakukan pada hari itu.

Penyusunan jadual bagi ibu-ibu yang sibuk ini adalah penting. Hal ini kerana, anda akan terlupa melakukan satu perkara yang sepatutnya anda lakukan jika terlalu sibuk. Bukan nak cakap tapi kadang-kadang ibu ini terlalu multitasking hingga sukar nak beri fokus terhadap sesuatu perkara. Jadi, dengan cara ini anda lebih mudah dan tahu apa yang patut dilakukan. Selain, lebih berpuas hati melihat senarai tersebut.

3. Cuba cari jalan untuk permudahkan kerja anda.

Pastikan anda mengambil langkah yang mudah, di mana ia akan membantu anda menyelesaikan tugas anda dengan lebih cepat. Sebagai contoh, menyediakan makanan yang ringkas tetapi berkhasiat, tidak terlalu taksub untuk memastikan rumah dalam keadaan kemas dan rapi, serta tidak mengutamakan perkara yang tidak penting. Pastikan anda mampu selesaikan masalah tersebut dengan lebih mudah.



4. Minta bantuan suami dan anak-anak.

Jangan melakukannya bersendirian. Tapi adalah lebih baik jika anda meminta pertolongan dari suami atau anak-anak untuk satu tugas yang mudah. Sebagai contoh, ketika mengemas rumah ataupun memasak. Dengan cara ini, ia dapat membantu meringankan beban yang dimiliki anda. Di samping itu juga, ia membantu mengajar anak-anak anda erti tanggungjawab.

5. Tetapkan had masa.

Tetapkan satu jangka masa untuk anda selesaikan satu perkerjaan. Sekeligus ia menetapkan matlamat dan membantu anda menjadi lebih produktif serta memanfaatkan masa dengan lebih baik. Seterusnya, apabila memasang timer anda sedar masa yang ada terlalu terhad. Jadi, anda akan cenderung melakukan kerja dengan lebih cepat dan cekap.

6. Me- time.

Setelah bertungkus-lumus dengan perkara yang sibuk, jangan lupa curi sedikit masa untuk diri anda sendiri. Sebagai contoh, anda meminta izin suami untuk mempunyai me-time dan bergilir dengan pasangan anda. Anda harus sayangi diri anda barulah anda mampu menyayangi keluarga anda itu.

Bijak menguruskan masa anda, maka anda akan bijak menguruskan rumah dan kerjaya anda. Mungkin akan sedikit letih tapi jika anda bijak dalam menguruskannya anda akan lebih gembira.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,394 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen