Macam Mana Nak Buat Bila Anak Tak Suka Makan Sayur? Jom Ikuti Resipi Ini.

 

Para ibu bapa pasti risau sekiranya anak-anak mereka yang masih kecil tidak suka makan sayur. Malah sukar pula untuk memujuk mereka makan sayur-sayuran, sehingga merajuk anak dibuatnya. Sayur-sayuran yang memiliki banyak vitamin, pasti dapat membantu tumbesaran anak-anak untuk fizikal malah untuk mental juga. Jadi, pasti setiap ibu bapa mahu anak-anak mereka memakan sesuatu yang bernutrisi supaya dapat memberi tenaga dan vitamin pada tubuh badan.

Sekiranya anak-anak tak nak makan sayur dan sering menolak, ibu bapa menjadi takut tumbesaran anak akan terganggu pula nanti. Jadi, macam mana nak buat ni?

Jangan risau, mungkin anda boleh mencuba trik homemade sosej ayam sayur ini sebagai alternatif untuk 'sembunyikan' sayur daripada pandangan anak anda. Proses membuatnya tidaklah terlalu susah, tapi rasanya memang sedap. Jom semak resepi ini!

Bahan-bahan yang diperlukan;

  • 4 hingga 5 ketul dada ayam
  • 2 biji telur
  • Lobak dan daun sup. Anda boleh guna apa-apa jenis sayur sekalipun.
  • 1 biji bawang besar
  • 4 hingga 5 ulas bawang putih
  • 4 sudu tepung ubi
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukupnya

Cara-cara membuatnya;

  • Campurkan semua bahan di atas dan kisar hancur menggunakan mesin pengisar.

  • Setelah itu, masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik ais krim dan ikat pada hujung kiri dan kanan.

  • Setelah selesai, panaskan air rebusan dan rebus selama 10 hingga 15 minit. Anda juga boleh guna teknik mengukus.

  • Goreng jika nak makan dan selebihnya boleh simpan di dalam peti sejuk.

Siap! Mudah saja kan? Tak perlu lagi membeli sosej yang dijual di pasar raya lagi, anda sendiri boleh membuat sosej yang sedap dan berkhasiat! Pasti anak anda sukakannya.

Semoga bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 345,408 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen