Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Bersama Cousin Anda Ketika Cuti Ini.

 

Cousin adalah antara saudara yang rapat dengan anda dalam ahli keluarga. Ada juga dikalangan kita tidak mempunyai orang asing sebagai sahabat baik, namun saudara inilah yang mampu untuk menjadi sahabat anda kerana sudah berkenalan dan berjumpa sejak dari kecil lagi. Apabila melakukan aktiviti family gathering, kebanyakannya daripada kita pasti meluangkan masa dengan cousin yang rapat ini sahaja kerana terlalu selesa untuk bersama.

Selain aktiviti family gathering, anda dengan cousin anda pasti mempunyai aktiviti tersendiri, dan mahukan privasi. Jadi luangkan masa anda bersama dengan melakukan beberapa perkara ini ketika hari minggu atau musim cuti sekolah ini…

1. Kenduri Kahwin.

Image result for Kenduri Kahwin

Kredit Foto: Google.

Anda pasti bosan, apabila setiap hari minggu sahaja pasti pergi ke kenduri kahwin bersama ibu bapa. Sebagai anak remaja yang meningkat usia, pasti anda ingin merasa berdikari dan boleh keluar bersama dengan kenalan. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk pergi bersama cousin rapat anda. Ibu bapa anda pasti mengizinkan kerana anda pergi bersama dengan ahli keluarga yang lain.

2. Short trip.

Kredit Foto: Mega

Pergi melancong atau short trip mana-mana tempat yang berdekatan, dan tidak terlalu jauh. Rancang short trip ini bersama cousin anda, dimana anda dengan mereka boleh melakukan pelbagai aktiviti. Seperti pergi ke rumah terbalik, mengambil gambar di tempat yang mempunyai Wall Art, menaiki banana boat atau karoke dalam kereta.

3. Berjumpa di kedai hipster.

Image result for Kedai hipster

Kredit Foto: Google.

Tidak salah jika kadang-kala ingin mencuba untuk menikmati makanan di kedai hipster. Oleh kerana dengan harga makanan dan minuman yang mahal, ia perlu dinikmati sambil berbual-bual kosong untuk mengisi masa lapang. Sekadar berbual di rumah sahaja, pasti membosankan. Jadi, ubah angin untuk pergi ke kedai hipster yang anda tidak pernah pergi lagi.

Jangan lupa OOTD (Outfit Of Today).

4. Melakukan beberapa sukan ekstrem.

Image result for sukan ekstrem

Kredit Foto: Google.

Tidak pernah melakukan sukan ekstrem? Ambil peluang ini untuk pergi dengan cousin anda. Cuba aktiviti yang baru pula, supaya waktu cuti anda dapat diisi dengan aktiviti yang menarik dan tidak membosankan.

5. Baking.

Image result for baking

Kredit Foto: Google.

Mungkin anda yang bakal menjadi pengantin, atau cousin anda. Jadi, cuba pula belajar untuk membuat pelbagai kek sebagai persediaan untuk menjadi isteri, terutamanya pada kaum wanita. Pasti aktiviti ini akan menyeronokkan.

6. Mencari jodoh.

Selain daripada itu, setelah puas mencari jodoh di luar alam maya seperti di kompleks membeli belah, larian marathon, sukarelawan atau bersua muka dengan kawan baru, cuba pula cari jodoh bersama cousin anda di Laman Cari Jodoh iaitu di Baituljannah.com

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,954 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen