Berkatnya Perkahwinan Apabila Maharnya Dipermudahkan, Dan Tidak Membebankan Suami.

 

Mahar atau dipanggil Mas Kahwin adalah wajib dalam proses pernikahan, malah ia adalan tuntutan dalam Islam. Tidak seperti hantaran, dimana ia adalah mengikut adat sahaja. Mahar adalah tanda lelaki itu begitu serius untuk menikahi bakal isterinya, malah tanggung jawabnya sebagai suami. In kerana dalam perkahwinan suami yang akan memberi nafkah kepada si isteri.

Seperti Allah SWT tleha berfirman;

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (An-Nisa':4)

Mahar juga boleh diberikan sebagai harta dari si lelaki seperti yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW yang bersabda, Engkau berikanlah perempuan itu walaupun sebentuk cincin.

Dari 'Uqbah bin 'Amir radhiyallahu 'anhu, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah.”

Hadis di atas menunjukkan bahawa mahar yang paling bagus dan menjadi mahar terbaik adalah mahar yang paling mudah untuk dipenuhi. Inilah yang dipersiapkan oleh calon suami, hendaklah pihak wanita mudah menerima hal ini. Jika maharnya tinggi dan 'memberatkan' pihak suami maka ia tidak mengikut apa yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW.

Lihat sahaja mahar yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW. Mahar yang beliau berikan pada isterinya hanyalah 12,5 uqiyah, ia itu sekitar 500 dirham. Ini mahar di masa silam yang tidak terlalu mahal.

Ada hadis pula dari 'Urwah, dari 'Aisyah, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Termasuk berkahnya seorang wanita, yang mudah khitbahnya (melamarnya), yang mudah maharnya, dan yang mudah memiliki keturunan.” (HR. Ahmad, 6: 77)

Mudahnya mahar memiliki manfaat yang begitu besar:

  • Mengikuti sunnah (ajaran) Nabi Muhammad SAW.
  • Memudahkan para pemuda untuk berkahwin.
  • Mudahnya mahar akan menyebabkan cinta dan kasih sayang makin utuh.

Selain daripada itu, dari penjelasan yang diberikan oleh Ibnu ‘Asyur melalui surah An-Nisa’ menunjukkan bahawa mahar yang diberikan oleh mempelai lelaki langsung kepada mempelai wanita merupakan satu bentuk penghormatan, penghargaan, dan perlindungan yang tinggi terhadap wanita. Ini kerana menurut Islam, mahar merupakan hak penuh yang dimiliki oleh mempelai wanita yang tidak boleh diambil oleh keluarganya.

Situasi ini sangat berbeza ketika zaman kegelapan iaitu zaman jahiliyah sebelum datangnya Islam dimana pemberian mahar ibarat transaksi jual beli “anak perempuan” seolah-olah kaum wanita ini adalah ‘barang jual beli’ antara keluarga.

Ketika datangnya Islam, pada saat itulah martabat kaum wanita mulai dipandang tinggi dan dimuliakan.

Janganlah kita jadi seperti pada zaman jahiliyah. Jangan menjual ‘anak perempuan’ anda seolah tiada perasaan dan meletakkan mahar atau mas kahwin dengan harga yang tinggi pada calon lelaki. Kerana mahar tersbeut adalah milik anak perempuan anda.

Jadi berkahwinlah kerana Allah SWT dan mahu mengikuti sunnah Nabi SAW, Insya Allah berkatlah sesuatu pernikahan itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,110 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen