“Tak Salah Cuba Bahagiakan Isteri Dengan Tunaikan Permintaannya Sekali Sekala…”

 

Seorang wanita ini dia akan cepat jemu dengan barang yang digunakan dengan kerap. Bagi mereka, memakai barang tersebut sebanyak 2 atau 3 kali itu telah dikategorikan sebagai kerap. Sebab itulah mereka ini kerap menyatakan “tiada baju nak dipakai” atau “tak ada tudung yang matching dengan baju”. Itu semua sebab dirinya telah meggunakan barangan tersebut banyak kali sehingga timbul rasa jemu. Nak-nak lagi jika dia miliki rakan yang kerap bertanya, “kau dah pakai baju ini minggu lepaskan?” lagilah mereka tidak akan pakai lagi baju tersebut.

Jadi sebagai suami atau pasangan yang baik, anda perlu faham apa yang orang wanita ini rasa. Jangan anggap mereka ini suka membazir. Cuba renungi sedikit pandangan dari saudara Amir Syahir ini.



"Abang, esok nak pergi beli tudung la. Takde tudung nak pakai dengan baju yang warna pink ni."

Senyum je kalau dengar kata-kata macam ni daripada mulut si isteri.

Tudung dia padahal boleh muat dua alamari baju. Kalau susun meninggi boleh lawan KLCC.

Perempuan ni kalau dia kata "takde tudung nak pakai", "takde baju nak pakai" tu ertinya dia dah bosan pakai tudung dan baju tu.

Kena pulak kalau rakan sejawat ke atau kawan dia tegur,

"Minggu lepas dah pakai tudung ni kan?"

Siap tunjuk gambar lagi. Ciskek betul. Memang meruap-ruap la nak cari tudung baru.

***

Memang terus la nak cari baju ataupun tudung baru. Aku pun on je. Dia pun jarang-jarang beli tudung baru.

Tudung dia pun tak la mahal sampai kena ada batu Swarovski bagai tu. Takdela sampai dia nak pakai jenis Bawal Exclusive je.

Kalau lelaki ungu, ungu la..tapi perempuan, kalau ungu ada lavender la, violet la, dusty purple la, light purple la..

**pening**



***

Kalau kau ada tunang, isteri yang suka mengumpul tudung atau baju ni, kau bagi nasihat macam ni :

1. Harga tudung, baju atau beg tangan jangan lebih 10% daripada gaji.

2. Beli masa ada promosi. Akhir tahun banyak promosi.

3. Halang jika bulan ni dia dah beli, bulan depan pun beli lagi. Tu dah ketagih sangat tu.

4. Kalau dia minat jenis tudung seperti Aidijuma, minta dia follow IG atau page berkenaan. Boleh tahu masa bila ada SALE.

5. Suruh dia susun tudung dia supaya senang lihat. Kalau simpan dalam kotak mesti tak sedar tudung dia dah banyak. (macam gambar tu).

***

Tak salah tunaikan permintaan isteri untuk beli barang yang dia suka sekali-sekala. Apa salahnya buat dia happy. Jangan la kedekut sangat sampai suruh isteri guna je yang lama. Kalau dia nak beli duit dia pun kau tak bagi juga, kesian isteri tu.

Kalau kau nampak dia membazir sangat, nasihatkan. Janganlah kau nak marah-marah dia pulak.
Setakat ni isteri aku tak pernah mintak beli barang yang mahal-mahal pun. Kalau aku nak belikan pun dia selalu cakap tak payah, mahal sangat ni.

Bila dah ada anak, keperluan anak yang paling utama. Kalau pergi shopping kadang-kadang tu semua untuk anak. Tak ingat nak beli untuk diri sendiri.

Kalau dah menyimpan lepastu baru boleh berbelanja. Kah!

                            



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,767 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen