Cara Dapatkan Perhatian Dan Kasih Sayang Suami Dengan Mudah, Ramai Yang Selalu Lupa.

 

Dalam hubungan suami isteri ini sudah pastilah perhatian dan rasa sayang yang berlebihan itu akan memberikan satu sinar kebahagiaan di dalam rumah tangga. Mana tidaknya dua perkara ini akan menambah kemanisan dalam rumah tangga disamping mampu membentuk satu keluarga yang bahagia. Jika kekurangan manisnya di dalam rumah tangga itu, maka hubungan yang ada itu akan jadi renggang dan kemesraan sukar untuk dirasai oleh kedua-duanya.

Banyak isteri selalu lupa apabila telah sah menjadi suri di hati suaminya akan cara yang mudah untuk dapatkan perhatian dan kasih sayang suaminya. Kadang kala, isteri-isteri ini terlalu leka kerana beranggapan bahawa hati suami mereka ini tidak akan berubah. Jadi sebelum mereka berubah, maka kitalah kena memainkan peranannya.



Berikut adalah cara mudah dapatkan kasih sayang dan perhatian seorang suami:

1. Senyum.

Murahkan bibir anda dengan senyuman terutama jika si suami baru pulang dari kerja. Jangan anda menantinya dengan muka yang masam dan kelat. Ia hanya akan membuat lelaki malas untuk pulang rumah lebih awal dari sepatutnya. Jika anda berikan senyuman setiap kali dirinya pulang dari rumah selepas penat berkerja ataupun ketika hendak keluar mencari nafkah, dia akan lebih bersemangat untuk pulang lebih awal serta pergi kerja dengan yakin. Senyuman yang anda miliki itu mampu membuat pasangan anda tenang selepas seharian penat berkerja.

2. Tampil cantik.

Jika waktu bercinta dahulu anda sanggup mengambil masa agak lama untuk bersiap dan kelihatan cantik, kini cuba curi sedikit masa untuk anda menjaga penampilan anda. Apabila sudah berkahwin ini, penampilan anda adalah tersangat penting untuk membuat pasangan anda terus menumpukan matanya kepada anda. Jika dia pulang dari kerja dan melihat anda seperti orang yang tidak mandi dan tidak terurus, penatnya akan bertambah. Pastikan anda cuba kekalkan penampilan anda sebelum dan selepas berkahwin.

3. Menjaga keperluan suami.

Biasanya selepas berkahwin isteri akan sibuk menguruskan anak-anak serta rumahnya, maka tanpa disedari keperluan suami itu sedikit terabai. Anda seharusnya lebih bijak untuk menguruskan anak-anak, rumah dan suami anda. Jangan biarkan suami anda menguruskan dirinya sendiri.



4. Buat perkara yang remeh.

Remeh ini bukan perkara yang tidak penting, tapi ia adalah tips untuk membuat suami makin sayang. Sebagai contoh, apabila suami sedang menonton televisyen, maka anda sebagai isterinya cuba buat sedikit kudap-kudapan ataupun buat sedikit air kopi untuknya. Tidak pun apabila dia pulang kerja ambilkan dirinya air. Ambil hatinya dengan perkara yang remeh tapi ia pasti berkesan.

5. Sokong hobi mereka.

Jika pasangan anda menyukai motosikal, kereta, muzik atau apa-apa sahaja, pastikan anda memberi satu sokongan yang baik kepada dirinya. Jangan menghalang atau membebel akan mengenai hobinya. Biarkan saja mereka menggunakan duit untuk membeli barangan kesukaan mereka, asalkan ia tak mengganggu perbelanjaan anda sekeluarga.

6. Luangkan masa bersama suami.

Pada hujung minggu, lakukan sedikit aktiviti bersama suami dan anak-anak anda. Sebagai contoh pergi beriadah bersama-sama ataupun anda dan pasangan keluar berdua. Tidak salah sekiranya anda meninggalkan anak-anak anda kepada nenek mereka pada hujung minggu.

Perkara seperti ini selalunya akan dilupai apabila kalian telah menjadi suami isteri. Hal ini kerana, anda beranggapan bahawa dia telah menjadi miliki anda tapi anda lupa tanpa kemesraan dan kemanisan seperti kalian bercinta dahulu ia hanya akan membuat hubungan anda renggang sahaja.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen