Jangan Mengeluh Ketika Sakit Menyerang Tubuh Badan Kita. Belajar Untuk Bersyukur.

 

Sudah lumrah manusia akan tibanya jatuh sakit tidak kira masa, waktu dan tempat. Setiap insan tidak akan terlepas daripada mengalami sesuatu penyakit. Akan tetapi ada sahaja dikalangan kita menganggap sakit ini adalah satu musibah kerana tidak dapat melakukan apa jua perkara yang sudah biasa dilakukan.

Sebagai muslim, anda perlu tahu bahawa ketika sakit, tubuh badan kita dalam keadan lemah dan tidak berupaya dalam melakukan sesuatu perkara dengan kudrat tenaga sendiri. Anda akan menangis, mengeluh dan sedih kerana setiap pergerakan memerlukan bantuan orang lain. Anda tidak lagi bebas melakukan perkara yang disukai.

SEPARUH BADAN TERASA LUMPUH SEOLAH TIDAK BOLEH BERJALAN.

Ketika sakit, manusia mampu melupakan segala bentuk kenikmatan dunia, yang dipinta hanyalah dikembalikan semula kesihatan seperti sediakala.

Kadang kala manusia terlalu mengagungkan dunia. Mereka melakukan kemungkaran, kezaliman, menindas orang yang lemah dan langsung tidak pernah mengingati Allah. Manusia sering alpa dan lupa untuk bersyukur dengan segala nikmat pemberian Allah SWT.

Oleh sebab itu, Allah mendidik hamba-NYA untuk sentiasa bersyukur dan mengingati DIA dengan pelbagai cara. Allah menetapkan manusia supaya solat 5 waktu sehari semalam bertujuan untuk ingat pada-NYA, tetapi manusia tetap juga masih ingkar.

Allah berfirman di dalam Al-Quran tentang sifat dan kebesara-nNYA, namun ada sahaja dikalangan kita gagal untuk menyentuh apatah lagi membaca kalam-NYA. Allah hantarkan alim ulama untuk mendekati manusia supaya beroleh kefahaman tentang zat dan hukum-NYA.

Namun, mereka mengatakan alim ulama itu juga manusia biasa dan tidak boleh dipercayai sepenuhnya. Lalu Allah hantarkan ujian sakit, segera sahaja mereka menyebut;

“Ya Allah, Ampunkan dosaku. Sembuhkanlah aku!”

Dikala sakit, di mana pakar atau ubatan tidak juga mampu menyembuhkan, maka manusia tiada pilihan lain, selain daripada meminta dan berharap kepada-NYA. Benarlah, ujian sakit merupakan salah satu cara Allah memberitahu kita, bahawa nikmat sihat begitu berharga melebihi segala bentuk harta dan kesenangan dunia.

Perhatikanlah dalam setahun, Allah mengurniakan nikmat kesihatan yang berpanjangan dan selitkan beberapa kali ujian kesakitan.

Cuba kita imbas kembali, sepanjang Allah beri nikmat sihat, pernah tak kita bersyukur? Dan bila Allah uji dengan kesakitan, pernahkah kita sabar dan reda? Jarang-jarang sekali bukan?

Pernah atau tidak kita berfikir, mengapa Allah datangkan ujian sakit? Adakah kerana kita yang tidak pandai menjaga kesihatan diri ataupun kerana kita memang sudah ditakdirkan mempunyai metabolisma badan yang lemah?

Jawapan tersebut mungkin ada betulnya. Tapi itu hanyalah penyebab, sebaliknya jawapan yang tersirat adalah, kerana Allah ingin kita ingat kepada-NYA.

SAKIT ITU NIKMAT DAN BUKAN MUSIBAH.

Sakit itu sebenarnya merupakan nikmat. Nikmat hidayah Allah SWT. Ini kerana, ketika sakit, kenikmatan dunia sudah beransur pergi meninggalkan kita. Anggota badan lemah, ingin melayan facebook pun tidak terdaya, makan tidak berselera, tidur tak lena. Pada saat itulah manusia mulai mengingati Allah.

Bermula dengan terdetiknya bibit penyesalan. Baru terasa betapa banyaknya dosa. Baru sedar rupanya dah lama tak solat, tak baca Al Quran dan tak berzikir.

Perlahan-lahan air mata mengalir. Hati dan bibir akhirnya beristighfar tanpa henti. Menyebut dan menyeru nama Allah dengan penuh ikhlas. Terasa betapa lemah dan kerdilnya diri. Ya, begitulah indahnya hidayah Allah!

Maka boleh kita simpulkan bahawa, sakit itu bukanlah musibah bahkan merupakan satu nikmat. Nikmat sakit yang Allah beri itu sebenarnya sekadar mahu menguji tahap kesabaran dan keimanan manusia, bahkan mahu hambanya kembali mengingatiNYA serta memohon pertolongan hanya kepada DIA.

Sakit juga merupakan salah satu cara Allah menghapuskan dosa hamba-NYA.

Buktinya, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud;

“Tidak ada seorang muslim pun yang tertusuk duri, atau yang lebih berat dari itu, melainkan ditulis untuknya, satu darjat dan dihapus darinya satu kesalahan.” [Riwayat Muslim no.2572]

Justeru itu, jika kita sakit janganlah segera meminta sembuh! Kerana disebalik kesakitan itu, ada dosa yang diampuni Allah.

Ucaplah Alhamdulillah, tanda anda bersyukur dan akan mulai berlapang dada dengan setiap ujian yang diberi oleh Allah SWT.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,055 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen