“Jangan Terlalu Tertekan Jika Masih Belum Dikurniakan Anak…” Jom Ikuti Kisah Ini.

 

Dalam perkahwinan, setiap pasangan suami isteri pasti mahukan anak, kan? Seperti golongan bujang yang tertekan dengan soalan “Bila nak berjodoh? Bila nak kahwin?”, golongan yang sudah berkahwin juga akan menjadi stress apabila masyarakat mula mempersoalkan “Bila nak ada anak?”.

Lebih menjadi tertekan apabila, si suami atau isteri yang mungkin berpenyakit dan perlu dirawat supaya dapat melahirkan zuriat. Namun ia pasti akan mengambil masa. Ketika ini lah pasangan suami atau isteri akan menjadi tertekan, dan mula mengambil langkah untuk berpisah atau si isteri perlu membenarkan si suami berkahwin lain untuk mendapat zuriat.

Akan tetapi, bagaimana pula kalau lelaki yang menjadi masalah dalam situasi ini? Apakah keputusan yang anda perlu lakukan?

Jangan terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan. Harungi cabaran dalam perkahwinan bersama-sama seperi kisah dari suadara Firdaus Shakirin ini…

********

Anak...

Mula-mula kita kawin, kita memang mengharapkan sangat kehadiran anak...si isteri akan melalui fasa menunggu agar period tak datang...Tapi setelah berbulan-bulan kawin, tak ada lagi tanda-tanda akan mengandung, malah period pula datang macam biasa setiap bulan...

Dah mula rasa tertekan...

Bila la nak mengandung ni...kawan-kawan lain yang kahwin lmbt dr kita dah mengandung...ada yg lepas pantang je terus hamil lagi...mudahnya, senangnya...

Kenapa kita ni, belum diberikan rezeki anak lagi ye..

Lumrah dan dah terbiasa...kita suka letak "anak" itu sebagai titik kebahagiaan rumahtangga kita...memang tak dinafikan, kehadiran anak dpt membuatkan kita gembira dan bahagia sbb mereka adalah penyambung keturunan kita...

Tapi kita cepat sgt lupa, Allah blh bagi bahagia dengan pelbagai lagi cara sebenarnya...

Jangan tertekan sgt bila tak ada anak lagi...kita beranggapan anak2 ni akan sentiasa buat kita gembira tapi kita tak tahu betapa besarnya amanah yg kita kena pikul lepas ada anak...bukan saja nak kena jaga kebajikannya dan membesarkan dia, kita juga kena didik dia dgn agama...

Mampukah kita sebenarnya?

Kita rasa kita dah sediakan kewangan yg mencukupi, rasa kita dah mampu, jadi sepatutnya kita memang dah layak dan bersedia utk ada anak sendiri...tapi Allah lebih tahu akan apa yg kita perlukan dalam hidup ini...Allah nak kita guna rezeki utk bahagian yg lain dahulu sebelum diberi rezeki itu kepada anak...

Ada pasangan yg hidup gembira berdua dpt pergi bercuti ke sana sini tanpa perlu pkir soal anak...sekarang mgkin kita fikir, kita akan rasa seronok dapat duduk rumah jaga anak, tapi ada plak pasangan yg bosan sebab asyik kena duduk rumah jaga anak...

Sementara Allah beri rezeki dan peluang nak berjalan sana sini, buat apa saja tanpa ada halangan ni, nikmati dan syukurilah...sementara diberikan kesempatan...

Allah nak bagi sekarang atau belum lagi, itu semuanya atas kehendak dan kekuasaanNya...Kita tak perlu banyak mempersoalkan apa yg Allah swt dah rancangkan utk kita...

Usaha dan doa...

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,781 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen