"Puasa 16 Jam Dan 8 Jam Makan Mampu Cegah Dari Kanser" – Dr. Jue.

 

Setelah tular video selebriti Lisa Surihani berkenaan dengan cara diet nya tersendiri, makin ramai mahu mengambil tahu tentang Puasa 12 sehingga 16 jam ini, atau dikenali sebagai Intermittent Fasting.

********

Apa itu Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting (IF) atau juga dikenali sebagai puasa 16 jam dilaporkan mempunyai banyak kebaikkan pada tubuh badan. Seperti yang didedahkan menerusi video Facebook Live oleh Dr. Siti Juriah atau lebih dikenali sebagai Dr. Jue, rugi sekiranya jika kita tidak mengamalkan IF kerana ia juga boleh mengelakkan diri dari terkena kanser.

Menerusi IF, kita memberi usus kita waktu rehat yang minimum iaitu selama 16 jam. Selebihnya 8 jam adalah waktu dibenarkan untuk makan.

Dr. Jue memberikan contoh sekiranya kita memulakan IF pada pukul 10 malam sebelum tidur, bermakna kita akan skip sarapan dan hanya dibenarkan makan pada jam 3 petang. Dalam tempoh 16 jam puasa itu, kita hanya dibenarkan untuk minum air kosong, green tea atau air tanpa gula sahaja.

IF boleh dilakukan seminggu sekali atau selang sehari dan tidak seharunya dilakukan setiap hari kerana tubuh badan akan adapt dengan perubahan.

Kelebihan IF adalah:

  • Menurunkan kadar insulin.
  • Awet muda.
  • Meningkatkan kadar metabolisme.
  • Merawat diabetes jenis 2.
  • Mengurangkan oxidative stress.
  • Menurunkan kolestrol.
  • Membuang sel yang telah rosak.
  • Baik untuk sel-sel otak.

********

Namun sedemikian, bagi pendapat penulis sendiri, setiap individu memerlukan cara pemakanan yang berbeza dimana keutamaan pada sarapan pagi. Jika ini yang anda mahu lakukan, berhenti makan tepat pada jam 8 malam, atau ketika maghrib. Pada bulan Ramadhan, kita akan berbuka puasa pada waktu maghrib, kan?

Jadi, usai sahaja makan selepas maghrib terus amalkan IF ini, jadi, anda tidak akan skip sarapan.

Jika anda baru berjinak-jinak untuk mencuba kaedah ini, mulakan dengan 12-13 jam. Kemudian baru 16 jam, jangan terlalu drastik! Nanti kemungkinan besar anda akan melakukan cheat day setiap hari. Lakukan secara perlahan-lahan.

Seeloknya, keesokan paginya (9/10/11) mulakan dengan sarapan yang bernutrisi dan mampu membekalkan tenaga untuk anda sepanjang hari supaya anda tidak menikmati hidangan yang berat pada tengah hari.

Jadual dibawah sebagai contoh dan panduan sahaja.

puasa 16 jam dan 8 jam makan mampu cegah dari kanser – dr. jue

Semoga Bermanfaat dan Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,725 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen