4 Langkah Untuk Menangani Masalah Dalam Rumah Tangga.

 

Apabila berlakunya pergaduhan dalam rumah tangga, suami atau isteri pasti akan mencari jalan untuk menyelesaikan pergaduhan tersebut. Namun, pasti juga salah seorang akan menganggap masalah pergaduhan ini kecil dan mengambil ringan. Kemudian perkara atau isu yang sama pasti akan berbangkit dan akan adanya sesi ungkit-mengungkit kerana masih tidak berpuas hati.

Jadi, pasangan suami isteri perlu tahu langkah-langkah untuk menangani masalah dalam rumah tangga iaitu…

1. Dengan Mengetahui Peranan Sebenar Suami Dan Isteri.

Pandangan masyarakat tentang suami adalah dengan sifat tegasnya, jadi seorang suami perlu;

  • Menitikberatkan pendidikan akademik dan agama kepada anak-anak.
  • Berjimat cermat dalam perbelanjaan harian.
  • Memberi galakan kepada isteri.
  • Menjadi perancang ekonomi keluarga.
  • Prihatin terhadap masalah keluarga.
  • Mempunyai cogan kata dalam keluarga.
  • Bersifat terbuka dan sering member ingatan terhadap peneguhan agama kepada ahli-ahli keluarga.

Manakala si isteri pula perlu;

  • Menjalankan tanggungjawab terhadap suami dan keluarga dengan tabah dan sabar.
  • Bekerjasama dengan suami dalam soal pendidikan akademik dan agama kepada anak-anak.
  • Membantu dari segi kewangan.
  • Memberi sumbangan fikiran.
  • Memantau soal-soal keluarga dan mempunyai matlamat yangpositif dalam kehidupan.

2. Tahu Cara Mendidik Anak Dengan Betul.

Pasangan ibu bapa harus berganding bahu dalam mendidik anak-anak iaitu;

  • Memberikan asuhan atau didikan akademik dan agama yang seimbang.
  • Bersifat terbuka dan toleransi.
  • Komunikasi yang baik sesama ahli keluarga.
  • Meluangkan masa bersama ahli keluarga.
  • Sentiasa mendoakan kesejahteraan atau kebaikan ahli-ahli keluarganya.

Jika anak-anak mendapat didikan agama yang seimbang dan formal di sekolah, ia akan mewujudkan rumah tangga yang harmoni.

3. Tahu Sifat-Sifat Keistimewaan Diri Sendiri.

Jangan terlalu suka membuat andaian negatif, bersangka buruk dan memberi aura yang tidak sihat pada anak-anak. Suami isteri perlu berpandangan jauh dan tahu dengan sifat istimewa yang ada pada diri sendiri untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak.

Si suami perlu tahu bahawa mereka sering menjadi sumber rujukan keluarga dan masyarakat, berpandangan jauh dan memiliki misi dan visi,dalam keluarga memiliki gaya kepimpinan yang baik, komunikasi yang berkesan dan pengurusan masa yang cekap.

Si isteri pula perlu tahu bahawa kaum wanita adalah seorang yang mempunyai sikap positif dan berpandangan jauh, bertanggungjawab, penyayang dan pendidikan agama yang baik. Kesemua sifat-sifat istimewa ini membantu kearah menjadikan pasangan hidup dalam harmoni dan bahagia.

4. Menjaga Hubungan Kejiranan.

Setiap pasangan keluarga harus menjalin hubungan kejiranan yang baik, saling mempercayai, bersepakat, bekerjasama, beramah mesra,dan saling tolong-menolong antara satu sama lain serta perihatin dengan jiran-jiran.

Amalan berbuat baik dengan jiran harus dipupuk supaya ia memberi kesan yang baik untuk minda anak-anak. Jangan menjadi terlalu sombong dan tidak mengambil hal tentang kejiranan kerana kita hidup bermasyarakat. Malah dengan cara ini mampu memberi suasana diluar rumah yang aman dan tenang, dan aura ini pasti akan dibawa ke dalam rumah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,004 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen