Bukan Isteri Sahaja, Suami Juga Perlukan Me-Time Kongsi Lelaki Ini.

 

Setiap orang sebenarnya perlukan me-time ini sebenarnya. Tidak kira suami atau isteri kedua-duanya perlukan me -time. Hal ini kerana, apabila masing-masing dapat me-time maka dapatlah kurangkan rasa beban yang ada di otak mahupun bahu mereka. Bukan itu sahaja, dapat jugalah hilangkan sedikit tekanan yang dirasai selepas seharian sibuk dengan pelbagai rutin.

Jika selalunya kita hanya mendengar seorang isteri perlukan me-time selepas penat menguruskan rumah serta kerjayanya. Bagiamana pula dengan kaum suami ini yang kadang kala melakukan 2 atau 3 kerja untuk menyara keluarganya. Adakah mereka tidak mempunyai me-time yang tersendiri?

Setiap orang perlukan me-time ini. Ia bukan kerana ingin lari dari tanggungjawab malah untuk kesihatan dirinya juga. Mari baca sedikit perkongsian pandangan daripada saudara Mohd Fhais ini.



                              

Suami Pun Perlukan 'Me-Time'

Bukan isteri sahaja perlukan tapi suami pun perlukan Me-Time. Sebab suami pun manusia biasa juga yang ada rasa penat, rasa stres dan rasa depres.

Malah ada suami yang LEBIH MEMERLUKAN ME-TIME daripada isteri.

Tugas mencari rezeki sekarang sangat mencabar. Ada yang terpaksa buat 2-3 kerja sehari semata-mata nak mencukupkan keperluan anak dan isteri.

8-5 petang kerja di pejabat, belah malam pula ada yang jual burger, jual otak-otak, jual baju di pasar malam, jual minyak wangi, malah ada yang hari minggu pun tak berehat, buat fotoshoot wedding.

Bateri orang lelaki pun kalau tak recharge boleh kong juga !

Memang dari segi emosi orang lelaki ni susah nak nampak expresi penat tu sebab mereka tak suka tayang emosi dekat orang lain. Tak macho lah kalau tayang.

Walaupun begitu percayalah mental dan kudrat mereka dah layu sangat nyawa-nyawa ikan je. Itulah kalau anak kacau sikit pun suami cepat meradang, cepat marah-marah.

Bukan sebab bengis, tapi bateri dah kong..

Me-Time bukan sebab pentingkan diri.

Me-Time bukan sebab nak lepas tangan urusan rumah.

Me-Time bukan sebab nak suka-suka enjoy macam orang bujang.

Tapi Me-Time perlu untuk suami recharge balik emosi, mental dan tenaga supaya mereka boleh kekal waras dan kekal bertanggungjawab.

Kalau isteri adalah pengurus keluarga maka suami adalah director keluarga yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

Kerja kerja juga, kesihatan wajib di jaga.

p/s : Kongsikan pada suami korang tanda sokongan dan memahami kerja keras mereka mencari rezeki.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,194 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen