Tanda-Tanda Anda Alami Ketagihan Membeli Belah Berlebihan.

 

Sesuatu perkara yang perlu dilakukan secara berlebihan ini biasanya tidak bagus untuk dilakukan. Sebagai contoh sekiranya anda mempunyai tabiat berbelanja secara berlebihan. Hal ini kerana, sikap anda ini akan memberi masalah kepada kewangan bulanan anda.

Wang yang anda miliki itu jika hanya digunakan untuk membeli belah sahaja ia akan membuatkan anda sukar mengetepikan wang tersebut untuk simpanan atau kegunaan kecemasan. Apa yang lebih menakutkan lagi adalah anda tidak mampu membawa wang tersebut hingga ke hujung bulan.

Jika anda melihat kesan negatif ini kepada tabiat anda, maka anda harus mengurangkan kelakuan sebegini demi kebaikan diri anda sendiri. Tidak pasti adakah anda orang yang ketagihan berbelanja? Berikut adalah tanda-tandanya.



                            

1. Membeli barangan yang tidak perlu.

Anda selalunya akan terlajak membeli sesatu barangan yang pada mulanya anda rasa ia akan digunakan sedangkan selepas membelinya anda mendapati anda tidak perlukan perkara tersebut. Corak pembelian anda lebih kepada emosi, malah anda kerap kali terdorong melihat sesuatu yang cantik sedangkan perkara tersebut anda tidak perlukannya.

2. Apabila stress mula pergi shopping.

Tabiat berbelanja berlebihan ini juga terdedah kepada mereka yang kesunyian, alami tekanan serta mereka yang kurang keyakinan. Jadi aktiviti membeli belah ini digunakan untuk mengisi rasa kekosongan di hati tersebut. Penyelesaiannya ialah anda perlu melakukan aktiviti membeli-belah apabila emosi stabil sehingga anda boleh berfikir lebih rasional.

3. Mudah terpedaya dengan iklan.

Perkara yang paling kerap terjadi adalah anda sentiasa mudah diperdaya dengan iklan-iklan yang dipaparkan. Ini akan sering terjadi apabila mereka melihat promosi sebanyak 50%, beli satu percuma satu bahkan menyatakan beli 5 lebih jimat harganya. Selepas mereka melihat kesemua iklan ini, mereka merasakan menyesal jika mereka tidak membelinya pada waktu itu.

                         

Sedangkan kesemua iklan tersebut tidak menyebabkan harga jauh lebih murah malah harga lebih mahal berbanding sebelumnya. Ia hanya ingin memperdaya pembeli sahaja tapi anda pula mudah percaya.



4. Merasa menyesal selepas membeli sesuatu.

Anda lebih rasa cenderung untuk berasa gembira apabila memiliki sesuatu. Tapi itu untuk beberapa ketika, kemudian akan timbul rasa menyesal selepas membelinya. Hal ini kerana, anda memiliki barangan yang hampir sama. Anda biasanya akan berfikir secara lebih waras apabila barang tersebut sudah menjadi milik anda.

5. Rasa cemas apabila tidak berbelanja.

Apabila melihat jualan murah mahupun promosi perasaan anda akan sedikit cemas. Bukan itu sahaja, anda juga boleh merasakan tidak selesa sekiranya anda tidak berbelanja pada jangka masa yang lama. Bagi anda seminggu sekali anda seharusnya membeli barang untuk diri anda. Jika anda tidak lakukan perkara tersebut, ia seolah-olah menyebabkan hidup anda tidak sempurna.

                          

6. Sentiasa membuat shopping online.

Jika tidak dapat membuat pembelian di kedai, anda akan membuat pembelian menggunakan kaedah online. Tapi apabila menggunakan kaedah ini, anda akan menjadi lebih rambang mata dan boros. Hal ini kerana, anda beranggapan bahawa barangan di atas talian ini lebih murah berbanding di kedai.

Jika anda miliki tanda-tanda ini, anda seharusnya berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga. Mana tidaknya, jika anda hanya membiarkan ia berlanjutan tanpa cuba untuk mengawalnya. Ia akan membuatkan anda mengalami masalah kewangan yang serius pada masa akan datang.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,457 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen