7 Faktor Keruntuhan Institusi Kekeluargaan Di Malaysia. Jom Ketahuinya!

 

Pada masa kini keretakkan sebuah kekeluargaan sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Sebagai seorang Muslim, sudah tentu satu perkahwinan tidak boleh dibawa main sehingga merasakan perceraian itu adalah satu permainan sahaja.

Perceraian adalah perkara yang halal, tetapi dibenci oleh Allah SWT.

“Purata perceraian adalah antara 2,000 hingga 2,500 kes setiap bulan” -Dr Asyraf Wajdi Dasuki-

“Kebanyakan kes perceraian berlaku kepada pasangan muda yang berusia 35 tahun dan ke bawah.” - Tan Sri Dr Ibrahim Lembut-

7 faktor yang menyebabkan keruntuhan sesebuah kekeluargaan adalah;

1. Kekurangan Ilmu Agama.

Dengan dugaan kehidupan yang semakin mencabar pada masa kini, apatah lagi dalam membina perkahwinan. Terutamanya golongan yang berkahwin pada usia muda, kebanyakannya memiliki kekurangan ilmu agama dan ia menjurus untuk pasangan mudah berputus asa dalam menghadapi dugaan perkahwinan.

Jadi, dalam fikiran mereka cara paling mudah untuk selesaikan pergaduhan adalah dengan perceraian.

2. Faktor Seksual.

Apabila pasangan tidak mencapai tahap kepuasan dalam hubungan seksual, mereka mula mencari kekasih lain untuk memuaskan nafsu mereka. Situasi sebegini menyebabkan berlakunya kecurangan antara mereka. Kebanyakan dari anak muda terpengaruh dengan pornografi yang menyebabkan mereka inginkan kepelbagaian dalam seks. Namun, pasangannya tidak mampu mengikut rentak.

3. Kewujudan Pihak Ketiga.

Dalam perkahwinan, wujudnya orang ketiga bukan disebabkan kecurangan sahaja, ia juga melibatkan pergaduhan antara pasangan dengan ibu mertua, malah termasuk ipar duai. Apabila adanya orang ketiga masuk campur dalam konflik rumah tangga, tidak hairan hubungan pasangan suami isteri mudah terpengaruh dengan kata-kata orang luar.

Oleh sebab itu, apabila mengalami masalah rumah tangga, usahlah melibatkan ahli keluarga sebenarnya. Jumpa pakar kaunseling rumah tangga atau orang yang beramanah!

4. Pasangan Yang Tidak Bertanggungjawab.

Untuk mengetahui peranan dan tanggungjawab sebagai suami isteri dalam menimba ilmu kekeluargaan dan keagamaan, jangan hanya bergantung pada Kursus Perkahwinan sahaja. Banyakkan berbual dan berjumpa dengan ahli agamawan, menonton rancangan yang ilmiah dan bukannya drama 7 petang. Daripada sini, anda akan tahu pasangan anda bertanggung jawab atau pun tidak. Perkahwinan memerlukan toleransi dan pengorbanan, bukannya cinta dan sayang semata-mata.

5. Masalah kesihatan.

Secara asas dan menurut islam, apa yang penting untuk anda tahu berkenaan dengan pasangan ketika Ta’aruf adalah, mengenai dengan kesihatannya. Kesihatan ini amat penting untuk anda tahu sama ada si isteri boleh melahirkan zuriat atau tidak, si suami mengalami kanser prostat, mati pucuk atau sebagainya. Jangan ambil ringan dengan kesihatan pasangan, kerana ia akan menyebabkan masalah hubungan intim kelak.

Selain daripada itu, ketahui juga jika pasangan menghidap penyakit AIDS atau HIV.

6. Tidak berakhlak.

Untuk memilih bakal jodoh, si wanita perlu mencari bakal suami yang beragama, berakhlak dan tidak kedekut. Manakala, si lelaki pula perlu mencari bakal isteri yang taat pada Allah dan ibu bapa, kerana itu caranya wanita akan taat pada si suami kelak.

Faktor keruntuhan kekeluargaan malah perceraian adalah kerana pasangan yang tidak berakhlak. Jika memiliki pasangan yang tidak berakhlak, hubungan keluarga akan menjadi tidak harmoni.

7. Masalah Ekonomi.

Dan masalah yang tipikal adalah masalah ekonomi dalam keluarga. Gagal menguruskan perbelanjaan dalam keluarga adalah salah satu punca mengapa sebuah keluarga itu berantakan. Kesedaran mengenai ekonomi ini perlu dititik beratkan seawal usia 20-an supaya mereka sedar bahawa perbelanjaan dalam keluarga itu tidak semudah yang mereka sangkakan.

Gagal mengawal perbelanjaan ketika bujang, akan menyebabkan mereka tidak disiplin untuk mengawal perbelanjaan setelah berkahwin juga.

Kesimpulannya, apabila suasana rumah tangga menjadi rumit jangan terus mengambil keputusan untuk bercerai. Refleks diri anda kembali, kenapa ia terjadi? Perbanyakkan muhasabah diri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,979 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen