Taktik-Taktik Yang Digunakan Pasaraya Untuk Anda Berbelanja Lebih Banyak, Hati-Hati.

 

Pasaraya telah menyediakan beberapa kemudahan untuk anda berbelanja secara lebih teliti dan mudah dalam sehari-hari. Bermula dari barangan yang disusun dengan kemas dengan kategori, tempat membeli-belah yang lebih mudah, dan kemudahan ketika melakukan pembayaran, ia sememangnya akan menjadi tempat tumpuan orang ramai.

Disebalik kemudahan yang disediakan, adakah anda sedar sebenarnya pasaraya-pasaraya ini mempunyai taktik khas yang akan digunakan untuk membuat anda berhabis lebih banyak wang apabila anda pergi ke sana. Pelbagai taktik dan cara mereka lakukan yang akan membuat anda berbelanja untuk perkara-perkara yang tidak penting.

Untuk mengelakkan perbelanjaan yang berlebihan, berikut adalah taktik-taktik yang mereka akan gunakan untuk mengkaburi mata anda.



                               

1. Beli satu percuma satu.

Teknik yang selalunya digunakan oleh mana-mana kedai untuk menarik perhatian pelanggan mereka. Ia juga menyebabkan pembeli akan saling berebut antara satu sama lain hanya kerana ingin memiliki barangan yang percuma.

Sebelum anda ambil keputusan untuk membelinya, pastikan anda sememangnya memerlukan untuk lebih satu barangan pada bulan tersebut dan harga yang ditawarkan juga bersesuaian.

2. Produk berpasangan.

Biasanya pasaraya akan sengaja meletakkan produk yang berpasangan bersebelahan dengan produk yang tidak berpasangan. Sebagai contohnya, mereka akan meletakan roti dan jem secara berhampiran. Apabila anda mengambil roti, pasti anda akan turut membeli jemnya sekali.

Jangan mudah terperdaya dengan perkara ini. pastikan anda membuat pilihan berdasarkan harga mereka.

                          

3. Lebih banyak produk lebih murah.

Sudah tentu anda sering melihat promosi yang dilakukan oleh pasaraya yang menawarkan promosi untuk membeli 5 mi goreng pada harga yang lebih murah berbanding hanya membeli 1 mi sahaja.

Banyak pembeli berminat dengan promosi yang ditawarkan dan akhirnya membeli lebih banyak produk, walaupun mereka tidak memerlukannya. Sekiranya anda memberi perhatian dengan baik, anda akan mendapati bahawa harga seunit produk yang dijual tidak terlalu berbeza dengan harga barangan yang lebih banyak itu. Oleh itu, mengapa anda perlu membeli dalam kuantiti berlebihan, jika hanya satu yang diperlukan.



                          

4. Cara penyusunan produk.

Pasaraya benar-benar memahami tingkah laku pembeli, di mana pembeli cenderung untuk mengambil barangan yang betul di depan mata mereka. Ia adalah tingkah laku pembeli yang digunakan dengan baik oleh pasaraya dengan meletakkan produk pada harga mahal di tempat yang mudah dilihat dan strategik.

Sekiranya anda tidak percaya, sila bandingkan harga jenis produk yang sama di atas rak atau rak bawah. Pastinya yang berada di atas akan lebih murah berbanding dibawah.

                        

5. Troli yang lebih besar.

Pasaraya sememangnya sengaja membuat troli yang lebih besar agar merangsang pembeli membeli barangan dengan lebih banyak. Apabila anda berbelanja dan melihat troli anda masih belum penuh, ia akan membuatkan anda ingin cuba memenuhi troli tersebut tanpa anda sedar.

Penyelesaiannya, anda boleh menggunakan bakul membeli-belah yang lebih kecil apabila anda membeli-belah dan mempunyai senarai membeli-belah untuk dibeli. Kaedah ini sangat berguna untuk menghalang anda daripada membeli barangan yang tidak diperlukan.

6. Barangan lebih murah di kaunter bayaran.

Taktik terakhir adalah untuk meletakkan barang pada harga murah berhampiran kaunter banyaran. Ramai orang tergoda untuk mengambil pelbagai barangan berhampiran kaunter banyaran kerana mereka merasakan bosan ketika sedang beratur.

Jadi berbelanjalah dengan bijak dan berhati-hati dengan taktik seperti ini. Semua taktik ini akan membuat anda berbelanja secara berlebihan tanpa anda sedar.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,317 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen