4 Kaedah Untuk Rekod Perbelanjaan Bulanan Keluarga.

 

Dalam merancang kewangan dalam keluarga, pasangan suami isteri haruslah merekod segala perbelanjaan secara bulanan. Dengan kaedah ini, pasangan suami isteri akan tahu segala duit yang keluar dalam harian. Tidaklah nanti, si isteri menuding kesalahan pada suami dan sebaliknya. Perkara sebegini juga akan mencetuskan pergaduhan yang akhirnya perceraian. Hati-hati!

Anda perlu tahu hampir 70% daripada kalangan kita tidak kisah dengan duit yang keluar dari dompet, dan apabila mula merekod perbelanjaan rupa-rupanya sudah mencecah beribu-riban juga. Wow! Apabila anda tidak merekod setiap transaksi duit keluar, secara tidak langsung kewangan anda mula bocor. Situasi ini akan menyebabkan duit anda cepat habis, dan tidak tahu kemana duit itu pergi.

Jadi, kenapa anda perlu rekod perbelanjaan bulanan keluarga?

Kerana untuk mengelak kebocoran kewangan. Untuk memastikan setiap transaksi duit keluar setiap bulan, dan juga perbelanjaan anda mengikut bajet atau anda menjadi terlalu boros sebenarnya. Anda juga akan tahu perbelanjaan anak-anak yang tidak perlu, dan mengikut hawa nafsu anda sahaja.

4 kaedah yang anda boleh ikuti adalah seperti berikut;

1. Dompet Bajet.

Dompet bajet maksudnya ada banyak zip, setiap zip kena letakkan siap siap bajet untuk bulanan itu.

Contoh bajet bulan 1 :

  1. Makan : RM700
  2. Transport : RM500
  3. Lain-lain : RM1000

Jadi di zip 1 allocate kan RM700 sahaja untuk makan, zip 2 letak RM500 untuk transport manakala zip 3 letakkan RM1000 untuk lain-lain (selain makan dan transport, contohnya sedekah, bil air elektrik, wayang).

Jadi kita sudah tahu setiap bulan belanja bulanan kita adalah RM2200. Dan kalau kita dapat gunakan bajet bulanan kita bawah RM2200 itu adalah lagi terbaik.

Setiap duit yang digunakan itu, perlu ada bukti resit untuk dijadikan sebagai reference. Contoh makan RM15, jadi di zip pertama untuk makan kena ada resit makan RM15.

Maksudnya di sini akhir bulan resit tu kumpulkan, dan bila campurkan amount total dalam resit tu mesti dapat RM1700 (kalau guna kurang dari RM2200). Jadi anda dah tahu berapa bajet bulanan anda keluarkan setiap bulan.

2. Membuat catatan atau memo secara manual.

Tidak semua orang mahir dalam teknologi menggunakan aplikasi dan sebagainya, ada yang selesa guna cara manual saja. Jadi caranya sangat mudah, gunakan buku atau kertas anda, dan sentiasa bawa bersama-sama dengan anda, contohnya letak dalam handbeg. Atau bila balik rumah baru nak menulis rekod belanja anda pun boleh, tak ada masalah.

Paling penting sekali mesti catat setiap perbelanjaan yang sudah di keluarkan. Jangan ada tertinggal 1 pon, walaupun RM0.10. Boleh?

3. Membuat catatan di Whatsapp atau Notes.

Cara ini pun mudah dan laju, iaitu dengan buat group whatsapp khas untuk perbelanjaan sahaja. Jadinya, setiap kali buat perbelanjaan, catatkan dalam group atau notes, hujung bulan senang untuk kira berapa total keseluruhan. Mudah kan.

4. Guna aplikasi Money Manager.

Sekarang ini ada banyak apps yang lebih best dari Money Manager. Jadi ikut kesesuaian anda mahu pakai apps mana. Janji mesti rekod! Tiap kali anda belanja apa-apa je mesti terus capai telefon bimbit dan catat dalam aplikasi ni. Kalau boleh buat kategori belanja juga, contohnya:

  • Barang dapur.
  • Barang perubatan.
  • Pakaian.
  • Barang solekan.
  • Sedekah.
  • Parking.
  • Minyak kereta.
  • Tol.
  • Perbelanjaan sekolah anak-anak.

Dan banyak lagi.

Part ‘Expense Category’ ini anda boleh namakan perbelanjaan ikut anda sendiri. Paling penting sekali, kena cuba pakai sebulan dulu. Lepas sebulan, anda boleh lihat berapa total belanja anda, dan belanja di mana yang paling banyak. Adakah makan? Minyak? Jadi disini anda boleh lihat kategori mana yang anda berbelanja secara berlebihan, selepas itu cuba kurangkan dan kawal perbelanjaan.

Selamat Mencuba dan Semoga Berbahagia Bersama Keluarga Tercinta!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,286 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen