Langkah-Langkah Untuk Merawat Kemurungan.

 

Bagi mereka yang mengalami kemurungan dan disahkan oleh doktor bertauliah untuk mengambil ubat, pasti hanya bergantung pada ubat dan kaunseling dari doktor sahaja. Mungkin anda seperti tidak bermaya dan lemah untuk bangkit. Apabila terlalu bergantung dengan ubat-ubatan sahaja, apa yang anda nampak adalah, hanya ubat sahaja dapat memulihkan minda anda, padahal banyak lagi kaedah yang anda boleh lakukan, sekiranya anda mampu bangkit dari kegelapan.

Kaedah lain untuk mengatasi masalah kemurungan ialah menggunakan teknik “semulajadi” iaitu dengan cara…

1. Senaman ringan.

Secara semulajadi, senaman ringan tidak semestinya seperti aerobic atau yoga. Senaman ringan adalah seperti mengemas rumah, menyapu sampah, vacuum, mengemas bilik anda sendiri, berkebun dan seumpama dengannya.

Jangan terlalu malas untuk bangkit dan hanya bergantung pada ubat sahaja untuk dipulih. Jika tiada kesedaran dalam diri anda malah semangat atau motivasi, tidak mustahil anda memang mudah jatuh sakit sebenarnya. Tambahan, anda seperti tidak boleh survive jika tidak makan ubat-ubatan dari doctor.

Bangkit!

2. Meluangkan masa untuk bersiar-siar disekitar kawasan anda.

Aktiviti ini sebenarnya mampu memberi kesan positif keatas mood anda. Ia mampu merangsang serotonin anda untuk lebih aktif dan sekaligus memberi mood positif kepada diri anda. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga mampu menangani masalah kemurungan. Tetapi, tidur berlebihan pula boleh memburukkan lagi masalah kemurungan seseorang.

3. Mengurangkan pengambilan kaffein, gula, karbohidrat yang diproses, dan makanan-makanan yang mengandungi perisa tambahan.

Kurang mengambil makanan sebegini juga mampu memberi kesan yang positif kepada mental anda. Bagaimanapun, kekurangan protein-protein ini pula akan memberikan kesan yang negatif kepada mood anda. Jika boleh, CUBA SEIMBANGKAN ia dengan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, tepung gandum dan juga protein.

Kesederhanaan itu adalah penting. Contohnya, jika anda ingin makan biskut bergula, makanlah. Tapi bukan dengan menghabiskan satu plastik sekaligus. Jika boleh cuba dapatkan makanan yang diperbuat daripada bahan-bahan organik sebagai snek anda. Ubat-ubatan atau makanan tambahan yang bersifat herba juga boleh membantu mengurangkan masalah kemurungan.

4. Menyertai pertubuhan-pertubuhan yang memberi sokongan moral.

Yang penting sekali ialah melibatkan diri dengan mereka-mereka yang memahami tentang masalah ini yang mampu meyakinkan diri anda bahawa anda tidak berseorangan dalam menghadapi masalah kemurungan.

Malah mereka mungkin boleh memberi sedikit penerangan atau nasihat kepada keluarga atau rakan-rakan anda untuk membuatkan mereka lebih memahami tentang situasi anda. Anda tidak berseorangan dalam hal ini dan yakinlah yang semuanya pasti akan baik-baik saja.

5. Lakukan Meditasi.

Perkataan meditasi didefinisikan sebagai bertafakur atau pun melakukan sesuatu untuk MENENANGKAN FIKIRAN. Aktiviti yang anda boleh lakukan adalah dengan cara Yoga.

Didalam hidup seseorang jenis tekanan yang dihadapi adalah berbeza-beza. Ada yang mengalami tekanan akibat kerja, tekanan dalam perhubungan dan yang sering berlaku ialah tekanan kerana masalah kewangan.

Meluangkan masa diperpustakaan juga boleh membantu anda menenangkan perasaan kerana keadaan perpustakaan yang senyap dan menenangkan. Dapatkan beberapa buku mengenai meditasi yang anda rasa sesuai untuk diri anda.

Anda harus ingat yang anda menggunakan pemikiran anda semasa bermeditasi, jadi anda perlulah belajar untuk membuang semua pemikiran negatif dan menggunakan pemikiran positif anda pada tahap maksima supaya anda boleh menumpukan perhatian untuk memperbaiki kehidupan anda.

Selamat Mencuba dan Cuba Untuk Kekal Sihat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,537 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen