Terasa Berjauhan Dengan Anak Sulung, Ini Cara Bina Semula Hubungan Dengan Mereka.

 

Kenangan melahirkan anak sulung semestinya akan sentiasa menjadi ingatan buat ibu-ibu di luar sana. Mana tidaknya, itulah pengalaman kali pertama yang dirasai oleh seorang ibu. Tidak hanya memberi pengalaman, anak sulung ini juga memberi ilmu kepada ibu bapa bagaimana untuk menjaga dan mendidik adik-adiknya yang lain. Sebab itulah mereka ini dikatakan berharga.

Namun begitu, selepas memiliki adik, pasti hubungan ibu bapa dengan anak sulung ini akan sedikit berjauhan. Mana tidaknya, tumpuan ibu bapanya kita beralih kepada anak yang masih kecil dan yang perlukan perhatian lebih berbanding yang sulung.

Pasti ibu-ibu dan bapa-bapa ini inginkan membuat si sulung ini dekat kembali dengan kalian dan bina perhubungan yang baik semula. Di sini, Puan Nieza Termizi berkongsi tips untuk bina semula hubungan dengan anak sulung.



5 perkara bina hubungan dengan anak sulung

Anak pertama selalu jadi anak yang dikenang-kenang. Bila lahirnya dia, bermakna bermula lah kenangan pertama yang sukar dilupa untuk kita semua.

Kemudian adik-adik dia lahir. Kemungkinan jarak antara kita dan dia semakin renggang. Lebih banyak masa dihabiskan dengan si kecil berbanding dengan yang sulung. Saya nak share 5 perkara ibu-ibu boleh buat untuk build good relationship dengan anak sulung.

1. Libatkan dia dengan kerja-kerja rumah.

Anak sulung dah makin bijak dan boleh ditugaskan buat kerja-kerja rumah yang sesuai dengan usianya. Apakata ajak sekali dia memasak di dapur. Sambil buat kerja sambil bersembang.

2. Solat jemaah bersama.

Sementara ayah berjemaah di masjid, ibu ajaklah anak sulung berjemaah bersama. Kadangkala mungkin perlu solat asing-asing sebab kita minta dia tengokkan adiknya sementara kita bersolat. Jika berkesempatan, solatlah bersama lebih 'cantik'. Latih anak solat tepat pada waktunya, mengikut imam dan berdoa sama-sama.



3. Mengaji bersama anak.

Selepas solat, panggillah anak mengaji semuka dua. Ajarkan dia tentang tajwid dan cara membaca dengan betul.

4. Sesekali spend masa sebelum tidur untuk membaca buku cerita.

Anak sulung yang dah makin meningkat usia dah boleh bagi tumpuan untuk membaca buku-buku tauladan, komik atau majalah. Bersandarlah di kepala katil bersamanya dan baca buku dengan dia. Terangkan sekali pengajaran dan berguraulah dengan dia.

5. Luangkan masa bersama.

Jika rutin seharian sangat sibuk dan lansung tidak mengizinkan anda meluangkan masa dengan anak sulung, mintalah cuti sehari untuk keluar bersama anak. Seeloknya pada musim cuti sekolah. Bawa dia makan di restoran kegemarannya, masuk kedai RM2 dan beli stationery yang dia suka, singgah kedai buku, atau menonton wayang berdua.

Actually banyak lagi perkara lagi kita boleh fikirkan. Terserahlah pada kreativiti masing-masing. Asalkan anak sulung tak rasa terpinggir lebih-lebih lagi bila adiknya sudah semakin ramai, dan ibu pula seorang yang bekerjaya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,861 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen