4 Fakta Sakit Jantung Yang Perlu Anda Tahu.

 

Siapa sahaja yang tidak tahu akan bahayanya sakit jatung. Ia juga dikenali sebagai pembunuh dalam senyap yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kiralah muda mahupun tua. Penyakit jantung ini merupakan salah satu sebab utama kematian di kalangan rakyat Malaysia sejak sepuluh tahun lepas (2005-2014) dengan mencatatkan 13.5 peratus kematian pada 2014 berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan.

Penyakit ini boleh menyerang dikalangan wanita mahupun lelaki. Pasti ramai di antara anda sentiasa berjaga-jaga akan penyakit ini, malah anda juga mempunyai pengetahuan akan bahayanya penyakit ini. Di sini terdapat fakta yang perlu anda tahu akan penyakit pembunuh no 1 negara.



1. Penyakit ini tidak jarang berlaku, malah sangat kerap.

Menurut data dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit jantung merangkumi 35% dari sebab kematian rakyat Malaysia pada tahun 2016. Angka ini bersamaan 1 dalam setiap 3 kematian, meletakkannya di tangga teratas dalam hierarki punca kematian di negara ini.

Lebih membimbangkan, angka ini terus meningkat dari satu tahun ke tahun berikutnya dan beban ekonomi yang perlu ditangguh oleh sektor kesihatan adalah sangat besar.

2. Serangan jantung bukan permulaan kepada penyakit jantung.

Fakta ini sangat penting untuk diketahui oleh semua individu. Serangan jantung tidak berlaku dalam satu malam. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum berlaku.

Apa yang berlaku semasa serangan jantung?

Pembuluh darah koronari yang membekalkan darah kepada tisu otot jantung tersumbat menyebabkan tisu tersebut terputus bekalan oksigen sehingga berlaku kematian pada tisu tersebut. Keadaan ini memberikan rasa sakit di dada. Pembuluh darah tersebut memerlukan masa yang lama untuk menjadi sempit sehingga akhirnya tersumbat.

Apabila serangan berlaku, proses penyempitan pembuluh darah telah berlaku lama sebelum itu. Jadi, langkah pencegahan melalui pemakanan dan aktiviti fizikal perlu dimulakan seawal mungkin. Bila? Sejak kecil!



3. Bukan semua pesakit perlu melalui pembedahan pintasan jantung atau bypass.

Pembedahan ini hanya akan dijalankan dalam kes-kes tertentu, kebiasaannya lebih serius seperti pembuluh darah utama tersumbat dan simptom sakit dada yang teruk.

Idea pembedahan ini ialah untuk memintas bahagian laluan darah yang tersumbat menggunakan pembuluh darah yang diambil dari bahagian badan lain agar bekalan darah dapat diberikan kepada tisu terbabit.

4. Pesakit jantung mungkin mengalami penyakit lain dalam satu masa.

Pembuluh darah koronari menjadi sempit disebabkan keadaan yang disebut sebagai arterosklerosis dan ia bersifat sistemik. Dalam erti kata lain, arterosklerosis boleh menjejaskan pembuluh darah lain seperti di dalam otak sehingga menyebabkan strok.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,193 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen