Bagi Mereka Yang Mahu Berkahwin, Jom Ketahui Proses Menjalani Ujian HIV.

 

Bagi bakal pengantin, menjalani proses ujian HIV adalah salah satu langkah yang wajib anda perlu lakukan sebelum ke jinjang pelamin. Bukan hanya seronok untuk terus berkahwin sahaja, tanpa melakukan apa-apa ujian selain dari kursus perkahwinan.

Ujian ini untuk menentukan sama ada anda gagal atau lulus. Sekiranya test HIV anda negatif, maka anda lulus mendirikan rumah tangga tanpa halangan. Namun, sekiranya positif, anda mereka perlu menjalani proses kaunseling dan konsultansi sebelum mereka dibenarkan untuk bernikah.

TIPS: Ujian saringan HIV biasanya berlangsung kurang dari 40 minit. Ianya adalah proses ringkas dan anda boleh ambil cuti setengah hari untuk menjalankan prosedur ini.

Proses semasa menjalani ujian HIV ini, tidak sukar sekiranya anda mengikuti langkah di bawah…

LANGKAH 1. Ujian HIV Perkahwinan Hanya Sah Di Klinik Kesihatan Kerajaan Sahaja.

Ya, hanya pengesahan dari klinik kesihatan kerajaan sahaja yang diterima oleh jabatan agama. Jangan sesekali buang masa dan tenaga anda untuk melakukannya di klinik atau hospital swasta.

LANGKAH 2. Kenal Pasti Klinik Kesihatan Yang Ingin Anda Pergi.

Cuba cari klinik kesihatan yang hampir dengan anda. Telefon klinik terlebih dahulu untuk membuat temu janji. Biasanya klinik kerajaan buka seawal jam 8:00AM – 12:00PM dan 2:00PM – 4:00PM. Untuk mendapatkan senarai klinik kesihatan sila klik di link ini: MOH

Namun, ada juga yang menyatakan anda perlu pergi ke klinik seperti nombor atau alamat yang tertera dalam kad pengenalan anda.

LANGKAH 3. Isi Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan.

Apabila anda tiba ke klinik, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan menantikan giliran anda dan berikan kad pengenalan anda. Selepas itu, anda akan diberikan Borang Pemohonan Ujian Saringan HIV Pra-Perkahwinan  dan Borang Kebenaran Memberi Keputusan Ujian Saringan HIV (mengikut negeri) yang dikepilkan sekali untuk korang isi. Bayaran yang dikenakan adalah RM 1.

LANGKAH 4. Ujian Saringan HIV Melalui Rapid Test Kit.

Apabila borang yang diberikan pada langkah 3 telah diisi. Anda perlu serahkan kembali kepada jururawat yang bertugas. Anda perlu tunggu seketika dan apabila nama anda dipanggil, jururawat akan menggunakan Rapid Test Kit untuk menguji darah anda dan keputusannya boleh diketahui dalam masa lebih kurang 15 minit. Proses ini sebenarnya tidak menyakitkan. Darah anda di ambil dari jari tengah dengan menggunakan lancet needle.

LANGKAH 5. Mengetahui Keputusan Ujian HIV.

Langkah terakhir adalah mendapatkan keputusan ujian. Menunggu keputusan ujian ini tidaklah lama seperti menunggu keputusan SPM. Ianya akan diketahui dalam beberapa minit sahaja. Jururawat akan memberikan anda surat yang perlu diberikan kepada pendaftar nikah anda nanti. Sekiranya keputusan anda negatif (Bebas HIV) anda boleh pulang dengan hati tenang.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,844 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen