Tips Untuk Mencari Kegembiraan Bagi Mereka Yang Masih Bujang.

 

Siapa kata orang yang single tak boleh kecapi kebahagiaan, malah kegembiraan?

Setiap insan ada kebahagiaannya tersendiri. Kegembiraan malah kebahagiaan tersebut perlulah individu tersebut mencari sendiri, kerana jika terlalu bergantung pada orang lain, maka kita sendiri akan kecewa. Bagi mereka yang masih bujang dan merasakan hanya perkahwinan yang dapat buat anda bahagia dan gembira, cuba tips ini untuk mencari kegembiraan demi mengubah gaya hidup anda.

Tidak semestinya  hanya dengan perkahwinan dan pernikahan sahaja dapat membuatkan seseorang berasa gembira, ya!

1. Menyebut Kegembiraan Dalam Doa.

Menurut kajian, rasa syukur (gratitude) dapat menambah rasa positif dan optimis kepada kehidupan, manakala tidak bersyukur dikaitkan dengan tekanan, rasa rendah diri dan juga rasa sunyi.

Allah berjanji untuk menambahkan nikmat kepada mereka yang bersyukur, dan nikmat ini boleh hadir dalam bentuk apa sahaja sama ada yang boleh dilihat atau tidak. Ketenangan dan kebahagiaan juga merupakan nikmat yang tidak terkira bagi mereka yang tahu nilainya.

Jadi apa yang boleh kita buat?

Salah satu cara untuk lebih gembira ialah dengan menyebut semula segala perkara yang anda syukuri dan menggembirakan dalam doa selepas solat. Ia boleh jadi perkara yang telah dipermudahkan oleh Allah dalam kehidupan seharian anda. Sebagaimana kita bersungguh ketika meminta, bersungguhlah juga mengucap syukur apabila diberi.

2. Senaraikan Perkara Yang Menggembirakan Anda Setiap Hari

Kita kadang-kadang lebih menfokuskan kepada perkara negatif dan masalah yang berlaku berbanding perkara baik yang terjadi. Dalam sehari, masalah yang kita hadapi mungkin satu atau dua sahaja, tetapi sayangnya ia telah mencuri fokus dan perhatian sepanjang hari.

“Bagi setiap satu minit anda marah, anda telah kehilangan 6o saat kegembiraan” –Ralph Waldo Emerson-

Cuba catatkan paling kurang tiga perkara yang menggembirakan anda setiap hari selama sebulan dan rasai perbezaannya!

3. “Temujanji Gembira”.

Temujanji tidak semestinya dengan pasangan ketika berpacaran sahaja, boleh jadi temujanji dengan sahabat handai, ahli keluarga atau hanya dengan diri anda sendiri. Anda boleh mencari kegembiraan dalam kehidupan melalui beberapa pengalaman yang anda sendiri cipta. Oleh kerana itu, anda sendiri yang tahu bagaimana untuk mencari kebahagiaan dan kegembiraan ini.

Apabila luangkan masa berseorangan, jangan pula berfikiran, anda seperti ‘Loser’ sebab sentiasa keseorangan kemana-mana sahaja. Tidak!

Masa tersebut akan menjadi masa berkualiti sama ada membeli belah, menonton wayang, bersiar-siar di taman atau berlama-lama di kedai buku sambil memilih bahan bacaan yang anda suka.

Langkah-langkah yang disebutkan di atas nampak ringkas namun memberikan impak yang besar kepada kesihatan minda kita. Dengan minda yang sihat dan tenanglah kita mampu menjemput kegembiraan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,777 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen