Antara 5 Destinasi Menarik Dan Mesra Muslim Yang Anda Boleh Kunjungi.

 

Sebagai muslim, pasti anda tercari-cari tempat atau destinasi yang menarik, dan dalam pada masa yang sama mesra muslim. Mudah mencari makanan yang halal, Musolla atau tempat beribadah yang bersih dan tenang, dan seumpama dengannya.

Jadi, jom lihat antara 5 destinasi mesra muslim yang anda boleh kunjungi…

1. Iceland.

Siapa yang tidak terpegun apabila melihat cahaya Aurora sekalipun melalui gambar dan video-video di Youtube. Ia adalah salah satu senarai impian atau ‘wishlist’ mereka yang suka mengembara. Jika anda ingin melalui sendiri pengalaman menakjubkan tersebut, maka Iceland adalah tempat paling tepat. Bukan itu sahaja, di Iceland juga terdapat kecantikan semulajadi yang lain seperti air pancut panas, kolam air panas, air terjun dan gunung berapi.

2. Uzbekistan.

Di sini, hampir 80 peratus penduduknya beragama Islam, maka tidak ada masalah untuk mendapatkan makanan halal. Laman web The Halal Food menyarankan para pengunjung supaya mencuba sumalak, manisan terkenal di sini yang dibuat daripada tunas gandum muda yang biasanya dihidangkan ketika Perayaan Navruz.

3. Croatia.

Croatia sangat menggalakan pelancongan yang mesra Muslim. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, 46 pengusaha makanan di sini telah mendapat sijil halal dan ianya semakin meningkata dari tahun ke tahun. Berita baik buat warga Malaysia dan Brunei, mereka dapat berkunjung ke Croatia tanpa visa.

4. Georgia.

Gerogia merupakan negara yang masih baru berkembang dalam dunia pelancongan. Tempat ini terletak di antara benua Asia dan Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasia. Oleh kerana, lokasinya terletak di antara dua sempadan, maka ia juga dikenali sebagai “The Balcony of Europe” Tempat-tempat menarik di sini antaranya ialah bandar-bandar klasik dengan seni bina sentuhan Eropah, pusat peranginan tepi pantai, biara lama dan juga tempat-tempat bersejarah .

Pengasas dan pengurus bagi Crescent Rating and Halal Trip, Fazal Bahardeen berkata bahawa penduduk di sini semakin mesra Muslim sekaligus dapat menarik lebih ramai pengunjung beragama Islam.

5. Bosnia Herzegovina.

Bosnia Herzegovina juga negara yang masih baru dalam senarai tempat pelancongan pilihan orang ramai. Namun, tempat ini kaya dengan sejarah yang bercampur antara Eropah dan juga Turki Uthmniyah.

Pemandangan yang sangat indah dengan cerun, jeram, gunung, air terjun dan juga istana lama merupakan latar menarik untuk mereka yang suka bergambar. Anda yang berkunjung ke sini juga boleh mencuba kopi Bosnia yang pekat, kebab dan juga burek. Tempat ini juga sesuai bagi mereka yang ingin ‘backpack’ dan berbelanja secara minimum.

Selamat Bercuti!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,378 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen