Kesilapan Yang Sering Dilakukan Oleh Wanita Dalam Menguruskan Wang.

 

Pengurusan wang yang bijak sememangnya agak penting untuk memastikan anda hidup dengan baik sehingga akhir bulan bahkan ia juga membuatkan anda bebas daripada hutang yang menggunung. Setiap orang pasti pernah melakukan pembaziran terhadap satu perkara yang tidak penting kepada keperluan harian, terutama bagi wanita.

Wanita dikatakan lebih terdedah untuk melakukan pembaziran jika hendak dibandingkan lelaki. Hal ini kerana, wanita ini biasanya akan melakukan satu perkara tanpa berfikir dengan panjang. Mereka ini juga lebih mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang dipaparkan sekaligus menyebabkan mereka tidak mampu membezakan yang mana keperluan atau keinginan.

Seorang wanita seharusnya bijak dalam menguruskan kewangan dirinya. Hal ini kerana, pada masa akan datang dia perlu bijak menguruskan kewangan keluarganya pula. Banyak kesilapan yang sering kali wanita lakukan dalam berbelanja ini.



Berikut adalah kesilapan yang sering dilakukan.

                                

1. Berbelanja tanpa lakukan catatan.

Berbelanja sememangnya menyeronokan namun jika ia berlebihan ia hanya akan mengundang keburukan kepada diri sendiri. Jadi selepas anda membeli beberapa barang yang diperlukan, anda perlulah melakukan sedikit catatan agar anda tahu ke mana wang anda itu pergi.

Dengan melakukan sedikit catatan juga anda dapat mengetahui ke mana wang anda telah pergi. Jika terdapat pembaziran di situ, maka anda boleh cuba untuk mengawalnya.

2. Tidak mengutamakan keperluan.

Wanita ini lebih cekap dalam berbelanja, di mana mereka tahu bagaimana untuk menghabiskan wang mereka dengan lebih cepat. Perkara sebegini tidak boleh dinafikan kerana, apabila mereka membeli belah banyak barang yang bukan keperluan akan turut dibelinya.

Jadi jika anda tidak mahu perbelanjaan bulanan anda itu terganggu dengan pembaziran yang sia-sia, anda perlu mengutamakan keperluan anda terlebih dahulu. Selepas barang keperluan anda mencukupi barulah anda membeli barang yang anda inginkan itu secara bersederhana.

3. Tiada wang untuk tujuan kecemasan.

Perkara yang sangat diabaikan oleh kaum wanita adalah menyimpan sedikit wang gajinya untuk kegunaan kecemasan. Biasanya wanita akan lebih cenderung untuk menghabiskan setiap wang yang diperolehinya itu.

Tidak salah jika anda mengasingkan wang gaji anda itu terlebih dahulu. Mana tahu anda akan memerlukan ia apabila berlaku kecemasan. Tapi jika tidak berlaku apa-apa maka bolehlah anda terus menyimpannya.



                              

4. Sukar untuk mengawal diri daripada berbelanja.

Wanita ini terlalu mudah terpedaya dengan apa yang dilihat. Sebab itulah mereka ini selalu membazir akan perkara yang tidak perlu. Sebagai contoh, apabila mereka melihat satu perkara yang disangka baik maka mereka terus membelinya. Walaupun barangan tersebut tidak mempunyai kegunaannya.

Jika melihat harga yang murah seperti jualan akhir tahun, potongan harga besar-besaran atau promosi, mereka akan lupa untuk mengawal perbelanjaan mereka. Malah wang simpanan mereka juga boleh habis pada ketika itu juga.

5. Mudah memberi pinjaman kepada orang lain.

Telah menajdi sikap wanita ini seorang yang berlembut hati, maka dengan itu mudahlah orang lain mengambil kesempatan ke atas dirinya. Mereka ini terlalu mudah memberi pinjaman kepada orang lain walaupun dengan orang yang tidak rapat dengannya.

Wanita juga mudah memberi pinjaman kepada kekasihnya, semata-mata kerana sayang akan buah hatinya itu. Namun akhirnya dirinya hanya diambil kesempatan sahaja.

                                

6. Tiada simpanan.

Telah menjadi perkara biasa apabila gaji mereka ini habis dibelanjakan. Jadi setiap bulan mereka ini tidak akan mempunyai wang simpanan walaupun sedikit.

Jika anda sememangnya suka berbelanja dan membeli belah, anda perlu pastikan bahawa anda perlu mempunyai sedikit simpanan. Pelbagai kemungkinan akan berlaku pada masa akan datang, jadi anda perlu bersedia.

Setelah mengetahui kesalahan-kesalahan yang sering wanita lakukan dalam menguruskan wang. Anda sepatutnya akan lebih berhati-hati dalam menguruskan kewangan anda. Seorang wanita perlu bijak menguruskan wang peribadinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 314,502 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen