Ketahui 5 Kemahiran Yang Lelaki Perlu Belajar Untuk Menjadi Suami Kelak.

 

Dalam melayari alam perkahwinan, lelaki yang bergelar suami perlu menjadi contoh yang baik untuk anak-anak dan isteri, supaya mereka menjadi acuan seperti suaminya juga. Oleh sebab itu, gaya hidup dalam perkahwinan itu sebenarnya harus ditentukan dan dimulakan oleh kaum lelaki.

Jom ketahui 5 kemahiran tersebut;

1. Memasak.

Bermula dari menanak nasi, memotong sayur-sayuran, hinggalah menghidangkan satu pakej menu masakan; kemahiran ini sangat berguna. Bukan sahaja ini menggembirakan sang isteri atau ibu yang saban memasak setiap hari, malah anda boleh menunjukkan kepada anak-anak bahawa anda adalah seorang ayah yang hebat memasak.

Cara yang paling mudah untuk memulakan skil ini adalah berada di dapur setiap kali ibu/ si isteri mula memasak. Perhatikan cara ikan disiangkan, ayam dikunyitkan dan perencah ditambahkan. Gunakan buku resipi, rancangan memasak dan tips dapur sebagai panduan ketika memasak.

Masakan yang terbaik datangnya dari kasih sayang dan keikhlasan.

2. Menjahit.

Pernahkah baju kemeja anda kehilangan butang? Atau seluar panjang anda terkoyak di bahagian lutut?

Sama ada menggunakan mesin jahit atau tradisional (iaitu dengan jarum dan benang), menjahit adalah satu kemahiran yang memerlukan daya konsentrasi yang tinggi. Sedikit anda tersalah jahit, pakaian tersebut mungkin tidak dapat diguna pakai lagi.

Bahkan, dalam sejarah Nabawi, Rasullullah SAW pernah menjahit bajunya sendiri. Sekiranya anda berjaya menguasai skil ini, anda mungkin dapat menghasilkan skaf, baju dan seluar buat mereka yang tersayang.

Sebagai pendahuluan, hadirilah kelas menenun dan kursus permulaan jahitan yang terdapat di sekitar bandar utama. Jika tidak, mintalah tunjuk ajar daripada mereka yang berkemahiran. Belajarlah daripada makcik yang berada di kampung.

3. Pertukangan.

Pertukangan di sini bererti sesuatu yang memerlukan kekuatan daya fizikal yang tinggi dan pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang. Contohnya; pertukangan elektrik, elektronik, paip, kayu dan batu-bata.

Kesemua jenis pertukangan ini mempunyai satu faktor terpenting, iaitu memerlukan latihan dan konsistensi.Contohnya, membaiki paip bukan senang, namun ia tidak sesusah yang disangka. Kesemua aktiviti pertukangan lebih dikenali sebagai Do-It-Yourself (DIY), yang memberikan panduan dan manual berpandukan alat dan bahan yang digunakan.

Cuba bayangkan, mesin basuh di rumah anda rosak tiba-tiba. Dengan adanya skil ini, anda dapat membaiki kerosakan mesin basuh, lantas menjadikan ia berfungsi seperti biasa.

Maka, ahli keluarga anda akan bertambah sayang atas kebolehan anda menyelesaikan isu kerosakan peralatan elektrik di rumah.

4. Komunikasi.

Komunikasi menggunakan daya intuitif dan kemahiran lisan, yang sering diabaikan. Kebanyakkan institusi kekeluargaan yang runtuh berpunca daripada lemahnya komunikasi sesama ahli keluarga, berlakunya salah faham dan pertengkaran lidah.

Maka, sebagai seorang lelaki, anda harus yakin dan sentiasa berwaspada akan kata-kata yang dilontarkan dari bibir.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk akibatnya.

Begitu juga dengan mesej yang cuba disampaikan kepada seseorang. Pastikan ia benar, tepat, tidak terselindung maksudnya dan tidak berputar-belit. Anda pasti tidak mahu berkelahi dengan yang tersayang gara-gara tersalah bicara.

Malah, komunikasi yang berjaya antara ahli keluarga menjamin kesejahteraan dan keharmonian keluarga tersebut. Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga dan sahabat handai juga bertambah erat dengan adanya skil komunikasi yang efektif.

Skil ini memerlukan latihan verbal, serta kemahiran sebagai seorang pendengar yang baik.

5. Pengurusan.

Seorang manusia yang berjaya adalah mereka yang dapat memaksimumkan potensi diri dan penggunaan masa. Begitu juga halnya dengan pengurusan. Anda perlu melatih diri bersikap professionalisme dan berdisiplin dalam mengatur rutin dan gerak kerja seharian.

Ini termasuk pengurusan diri, pengurusan kewangan, pengurusan masa dan pengurusan rumah tangga (jika sudah berkeluarga). Percayalah, dengan pengurusan yang teratur, skil ini dapat menyelamatkan anda daripada belenggu kerisauan dan mimpi ngeri yang berpanjangan.

Untuk mempelajari skil ini, terdapat beberapa kelas dalam talian yang menawarkan kursus pengurusan secara berbayar atau percuma. Dengan adanya pengurusan yang baik, hal ini menjamin keselesaan anda, tak kira sebagai seorang ketua, seorang pekerja mahupun sebagai seoang manusia.

Percayalah, pengurusan yang baik menjamin kelangsungan hidup yang lebih efisyen dan bermakna.

Kesimpulannya, dengan menguasai 5 skil hidup yang dimaksudkan di atas, anda bakal mempeoleh beberapa faedah. Pertama, ia dapat menjimatkan kos dan masa, khusunya dalam perkara yang melibatkan tenaga kerja (manpower) dan sumber (resources).

Seterusnya, anda dapat membantu mereka yang tersayang, seperti keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Hal ini secara tidak menambahkan keyakinan dan kepercayaan mereka kepada anda. Sudah pasti dalam apa sahaja, apabila ia dilakukan atas hasil usaha tangan sendiri dan titk peluh kudrat, pasti membuahkan seribu satu kepuasan dan keseronokan.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,378 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen