Adakah Sama Nafkah Isteri Dengan Duit Belanja Keluarga? Jom Ikuti Penjelasan Ini.

 

Mengenai dengan ekonomi dalam sesuatu keluarga, ramai sahaja dikalangan pasangan suami isteri yang masih belum mengetahui dengan lebih mendalam . Malah hanya mengambil remeh tentang pekara ini kerana merasakan masing-masing mempunyai pendapatan masing-masing, jadi buat lah hal sendiri.

Padahal perkahwinan yang dibina sebenarnya sudah termeterai ketika akad nikah, mahu menjaga si isteri dengan sebaiknya walaupun dalam keadaan susah dan senang. Tetapi selepas sahaja proses pernikahan semuanya berbalik kepada asal seperti hidup pada zaman bujang. Mahu ikut perancangan sesuka hati tanpa perbincangan suami isteri.

Jadi, berkenaan dengan nafkah, adakah ia sama dengan perbelanjaan keluarga?

Menurut Islam, isteri berhak untuk mendapat nafkah dari suaminya iaitu dari segi;

  • Tempat tinggal.
  • Makan dan minum.
  • Pakaian.
  • Perubatan.
  • Barang mekap.
  • Jika suami berkemampuan perlu menyediakan perkhidmatan orang gaji pada isteri kerana pada zaman sekarang, si isteri juga bekerjaya mencari rezeki.

Jadi, mustahil si isteri berseorangan boleh lakukan semua kerja di luar mahupun di dalam rumah.

Maka, perbelanjaan keluarga, adalah BERBEZA dengan nafkah si isteri kerana perbelanjaan keluarga ini secara menyeluruh (satu rumah) terutamanya perbelanjaan anak-anak. Perbelanjaan keluarga ini seperti perbelanjaan tambahan si suami untuk keluarga, dimana mengikut kemampuan si suami mahupun ‘uruf iaitu mengikut keadaan dimana anda dan sekeluarga tinggal.

Oleh itu berbincanglah secara baik dengan suami, perbelanjaan yang anda terima darinya adalah perbelanjaan untuk apa? Itulah konsep perkahwinan. Berkomunikasi antara satu sama lain.

Si suami juga perlu menjadi telus dalam semua perkara terutamanya tentang kewangan, hutang, status pendapatan supaya dapatkan hilangkan sangkaan buruk si isteri. Setelah berkahwin jangan terlalu ikutkan hati dan emosi seperti yang anda selalu lakukan ketika bujang iaitu senyap ketika dilanda masalah. Setiap masalah perlu diselesaikan dengan bersua muka, berkomunikasi, bertentangan mata malah bersentuhan tangan si isteri.

Jangan merenggangkan hubungan suami isteri semata-mata masalah kewangan ini. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

Menurut kata-kata Dr Zaharuddin Abd Rahman “Perceraian yang berlaku adalah disebabkan gagal menguruskan kewangan dengan sebaik mungkin…”

Selain daripada itu, apabila sibuk mencari rezeki untuk mengekalkan ekonomi keluarga, jangan pula sehingga anak-anak menjadi terabai.

Ceritakan situasi kewangan keluarga pada anak-anak dengan bahasa yang mudah supaya mereka faham. Jangan sesekali tipu pada anak-anak, dan hanya membiarkan mereka hidup seperti dalam fantasi dan bukannya realiti. Jika betul cara penjelasannya, secara perlahan-lahan anak-anak anda akan faham dengan situasi kewangan keluarga.

Pasangan ibu bapa perlulah mempunyai perancangan yang jelas seperti mengeluarkan kos-kos tertentu terutamanya kos pendidikan anak-anak. Ibu bapa perlu tahu mencari kos yang mencukupi, selesa untuk anak-anak, selesa mengikut keadaan dan seumpama dengannya.

Bagaimana pula jika anak-anak yang masih kecil diserahkan pada ibu bapa untuk dijaga?

Adakah mereka diabaikan?

Adakah menyusahkan ibu bapa anda?

Ia terpulang pada situasi dan keadaan, jika ibu bapa suka untuk menjaga cucunya sendiri, kira anda bernasib baik. Memang benar kurang kos perbelanjaan keluarga sekiranya anak-anak anda, dijaga oleh kedua orang tua anda dan bukan pengasuh, namun hargailah jasa mereka. Sudah lah ketika anda kecil dahulu pun dijaga, apabila dewasa perlu jaga cucu pula.

Kesimpulannya, hidup berkeluarga adalah tidak semudah yang anda jangkakan. Pasti ia masih melibatkan kedua orang tua anda. Oleh itu perlu adanya pengurusan kewangan supaya perbelanjaan keluarga menjadi stabil dan nafkah si isteri tidak terabai.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,072 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen