Situasi-Situasi Yang Sesuai Untuk Anda Lakukan Pinjaman Peribadi.

 

Melakukan pinjaman peribadi ini bukanlah satu proses yang mudah, malah ia juga bukanlah perkara yang murah. Hal ini kerana, ia melanjutkan kredit tidak bercagar untuk dibayar balik bersama dengan faedah dalam ansuran yang sama.

Namun begitu, ramai pihak yang akan melakukan pinjaman peribadi ini kerana faktor ingin penuhi keperluan yang mendesak. Ia juga boleh diperolehi dalam masa yang agak singkat. Ia sangat berbeza dengan pinjaman untuk membeli rumah serta dengan pinjaman kereta. Pinjaman peribadi ini boleh dipohon untuk memenuhi keperluan hidup dalam masa yang terdekat.

Bila masa yang paling sesuai untuk seseorang itu melakukan pinjaman peribadi ini? Jika tersilap langkah, pasti pinjaman itu dilakukan ke atas perkara yang sia-sia.



Berikut adalah situasi yang baik untuk lakukan pinjaman peribadi.

1. Apabila anda ingin mengubahsuai rumah.

Apabila anda mengambil keputusan untuk lakukan pinjamn kerana inginkan keselesaan rumah yang bakal anda duduk untuk jangka masa yang lama, ia adalah keputusan yang bijak.

            1. Anda membuat pelaburan kepada rumah anda, yang merupakan suatu aset yang boleh meningkat nilainya.

            2. Pinjaman perumahan anda mungkin tidak cukup untuk menanggung kos-kos tambahan seperti kerja-kerja  pertukangan, kelengkapan bilik mandi, atau mengubahsuai bilik.

            3. Anda boleh menyimpan sedikit wang daripada pinjaman tersebut dalam tabung simpanan anda.

2. Apabila anda ingin membina kerjaya anda.

Jika anda melakukan ini untuk mendapatkan satu kehidupan yang lebih baik, ia adalah keputusan yang baik. Di mana anda boleh gunakan pinjaman ini untuk membayar yuran pengajian anda mahupun membina sebuah perniagaan untuk diri anda. Ia sebenarnya anda sedang melabur untuk masa depan anda sendiri.

3. Membayar hutang kad kredit.

Pinjaman peribadi amat berguna dalam melangsaikan segala hutang kad kredit yang semakin bertambah bulan demi bulan. Ramai di kalangan rakyat kita yang memohon pinjaman peribadi untuk melangsaikan semua hutang kad kredit mereka kerana kadar faedah bagi pinjaman peribadi adalah lebih sedikit berbanding dengan kadar bayaran kad kredit yang lewat.



4. Apabila ingin melangsungkan perkahwinan.

Ini adalah salah satu alasan mengapa pinjaman peribadi itu dilakukan. Apabila wang simpanan tidak mencukupi untuk melakukan satu majlis perkahwinan, maka ini adalah pilihan yang ada.

Majlis perkahwinan ini bukanlah satu perkara yang murah. Jika anda mengidamkan satu majlis yang mewah, pasti anda perlukan wang belanja yang banyak.

Selain daripada itu, ia juga turut dapat meringankan beban ibu bapa anda kerana tidak perlu menanggung beban dalam majlis perkahwinan anda.

Tapi anda juga dinasihatkan agar tidak terlalu boros dalam membelanjakan wang itu. Pastikan anda menggunakan wang itu mengikut kesesuaian dan tidak berlebihan.

5. Apabila anda ingin pindah ke rumah baru.

Berpindah ke rumah baru sama ada di bandar atau negara yang sama atau berlainan dengan membawa barangan anda merupakan sesuatu yang agak mahal, dan ramai juga orang yang mengambil pinjaman peribadi bagi menanggung segala perbelanjaan untuk berpindah. Cara ini juga membolehkan mereka menyimpan sedikit wang yang ada di dalam akaun simpanan setelah membuat pembayaran untuk tempat tinggal yang baru.

Anda perlu ingat, jika anda ingin melakukan pinjaman peribadi anda perlu pastikan bahawa ia adalah perkara yang sangat penting dan memberi satu kepuasan jangka panjang untuk diri anda. Jangan lakukan pinjaman peribadi untuk perkara yang sia-sia. Ini kerana, anda perlu membayar kembali wang tersebut, jadi jangan dipersiakan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,052 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen