Cara Mengurangkan Tekanan Yang Dijamin Berkesan.

 

Rutin harian yang memenatkan dan penuh dengan kesibukan ini pasti akan mengudang rasa tekanan dalam diri seseorang. Itu belum lagi jika ia mempunyai masalah peribadi, masalah keluarga mahupun masalah ditempat kerja. Pasti ia akan memberikan satu tekanan yang agak mandalam.

Ada yang rasa ingin menumbuk orang dan rasa ingin menjerit sekuat hati. Tapi itu semua tidak boleh dilakukan, nak tak nak terpaksalah mereka terima tekanan tersebut dalam kehidupan harian mereka.

Jika dibiarkan, tekanan ini akan memberi kesan kepada diri sendiri semula. Sebagai contoh akan timbul rasa tidak minat terhadap tempat kerja ataupun akan mula ingin rasa bersendirian dan tidak mahu bergaul.

Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk merawati masalah tekanan mereka ini. Tapi jika anda masih tidak menjumpai rawatan yang sesuai untuk diri anda, mungkin anda boleh cuba lakukan seperti dibawah ini.



1. Telefon ibu anda.

Jika anda masih memiliki ibu bapa, gunakan peluang ini sebaik yang mungkin. Luahkan rasa bebanan anda itu kepada ibu bapa anda. Biasanya, setiap nasihat dan belaian mereka itu akan memberikan anda sedikit ketenangan. Menurut beberapa saintis mendapati bahawa mendengar suara ibu dapat mengurangkan hormon tekanan dan meningkatkan hormon oxytocin yang menyumbang pada rasa tenang.

2. Beri ganjaran kepada diri sendiri.

Walaupun anda merasakan bahawa anda telah melalui hari yang teruk, bahkan anda juga merasakan anda tidak memberikan satu perkara yang baik kepada orang sekeliling anda, itu bukanlah satu perkara yang perlu anda hampakan. Anda sepatutnya memberikan sedikit ganjaran kepada diri anda agar anda rasa dihargai.

Cuba anda membeli satu barang yang memberi kepuasan kepada anda. Sebagai contoh, memakan ais krim ataupun pergi membeli belah.

                         

3. Dapatkan tidur yang cukup.

Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.

Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.



                     

4. Lakukan sedikit senaman.

Lakuakn sedikit senaman seperti berlari atau berjogging ini pasti akan membantu anda melegakan apa yang anda rasakan. Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham. Jadi amalkan sedikit senaman sekurang-kuranga sekali seminggu untuk membantu meredakan tekanan anda.

                      

5. Solat.

Semua orang tahu, solat itu menenangkan. Tapi berapa ramai yang betul-betul solat kalau dalam keadaan tekanan?

Kalau sampai pejabat di pagi hari, cuba solat dhuha dahulu. Selesai solat dhuha, baru sambung buat kerja. Jadikan ia satu kebiasaan.

Jika waktu malam, cuba amalkan solat tahajjud tatkala semua orang sedang tidur. Berkomunikasilah dengan Allah, curahkan apa yang ada dalam hati anda.

6. Luangkan masa bersama rakan.

Rakan ini biasanya sangat membantu apabila kita alami sedikit tekanan dalam hidup kita. Mereka ini mampu menghiburkan malah menyenangkan hati anda. Terutama jika anda menghabiskan masa seharian bersama mereka. Pasti anda akan pulang dengan hati yang tenang selepas pertemuan itu.

Tekanan itu akan datang dengan pelbagai cara, namun ia juga mampu dikurangkan dengan pelbagai cara yang bersesuaian dengan anda. pastikan anda cari cara yang bersesuaian untuk anda agar anda boleh jalani kehidupan yang lebih bersemangat dan ceria.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,218 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen