Jenis Ragaman Ibu Mertua Yang Mencabar Untuk Dihadapi.

 

Setiap orang pasti inginkan mertua yang baik, mudah mesra dan paling penting menerima diri anda sebagai orang baru dalam keluarga tersebut. Tapi ibu mertua sebegini tidak ramai, jika anda dikalangan orang yang bertuah mungkin anda akan menjadi anak menantunya.

Jika nasib anda tidak begitu baik, mungkin anda akan berjumpa dengan ibu mertua yang tidak sefahaman dengan anda bahkan ibu mertua yang memberi cabaran kepada anda secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada hubungan anda dan pasangan.

Tapi jangan terlalu bimbang, mari kenali jenis-jenis ibu mertua apa yang mereka rasai sebenarnya terhadap anda. Jangan terlalu mudah menyatakan bahawa dirinya tidak menyukai anda, mana tahu dia sekadar ingin menguji anda sahaja.

Berikut adalah jenis-jenis ibu mertua yang mencabar.



1. Ibu mertua yang cemburu.

Ibu mertua sebegini bukan seorang yang mudah mesra. Dia pasti akan sentiasa mengkritik perbuatan anda. Mana tidaknya, dia merasakan anaknya telah mengantikan dirinya dengan anda. Jadi dia akan cuba untuk bersaing dengan anda untuk menyatakan siapa yang lebih baik dalam menguruskan anaknya itu.

Maka dengan itu, jangan ambil peduli dengan sikapnya. Lakukan sahaja rutin anda seperti biasa. Jangan pernah melawan kata-katanya. Selagi pasangan anda memahami anda itu sudah mencukupi.

2. Ibu mertua yang kepoh.

Ibu mertua sebegini selalunya ingin mengawal segala keadaan. Terutama dari segi kewangan, pengurusan rumah tangga, kebersihan, masakan dan pelbagai lagi. Tapi jangan cepat melenting, biarkan sahaja dirinya sebegitu. Dia Cuma bimbang jika anaknya itu dipersiakan.

Anda seharusnya tidak melakukan segala perkara untuk memastikan dirinya berpuas hati dengan anda kerana ia akan selamanya begitu. Jadi biarkan sahaja.

3. Ibu mertua yang suka meminta wang.

Jika anda memiliki ibu mertua sebegini adalah amat bahaya. Ia akan menyusahkan diri anda sendiri nanti. mereka ini akan merumitkan setiap keadaan. Jadi anda harus bijak melakukan perbincangan dengan pasangan anda untuk setiap perkara yang ibu mertua anda minta lakukan.

                           

4. Ibu mertua yang ingin selalu bersama pasangan anda.

Perkara ini biasanya berlaku kepada mereka yang berkahwin dengan anak tunggal. Ibunya hanya memiliki seorang anak maka, pasangan anda itulah tempatnya mengadu dan meluahkan rasa. Apa yang anda perlu lakukan adalah, jangan cuba untuk menguasai pasangan anda sepenuhnya. Cuba untuk berkongsi dengan ibu mertua anda.

Bahkan anda juga boleh mula dekatkan diri dengan ibu mertua anda itu. Jangan berebut dengan dirinya. Ia hanya akan menimbulkan masalah besar.

5. Ibu mertua yang suka berleter.

Ibu mertua yang suka berleter ini biasanya menganggap setiap leteran itu adalah nasihat dan mahukan yang terbaik untuk anda dan pasangan anda. Jadi, anda hanya membiarkan sahaja dirinya sebegitu dan terima segala nasihatnya itu. Bak kata pepatah, masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

6. Ibu mertua yang suka ikut campur.

Ibu mertua yang seperti ini adalah mereka yang sayangkan anda berdua bahkan sayangkan cucu-cucunya. Mereka ini hanya mahukan yang terbaik untuk anda Cuma sikapnya agak berlebihan jika membuatkan anda tidak selesa.
Jadi anda jangan pula bertengkar dengan pasangan akan perkara sebegini. Cuba berbincang seeolaknya.

Ini adalah antara sikap ibu mertua yang ada disekeliling kita hari ini. walaupun sikap mereka begitu, itu semua kerana mereka ini sayangkan anda dan anak mereka. Mereka juga mempunyai sikap takut akan kehilangan. Jadi jangan cepat melatah, anda harus terima sikap ibu mertua anda dengan baik jika anda sayang akan anaknya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,996 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen